Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rumah Impian 30 Tahun Ebby Yus Musnah Dek Bah

Malang menimpa pelakon dan pelawak terkenal, Ebby Yus apabila rumah hasil titik peluhnya yang sedang dalam pembinaan musnah dalam banjir yang melanda Hulu Langat, Selangor.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 2:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak musibah banjir yang melanda beberapa daerah di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor beberapa hari lalu, ribuan rakyat terkesan termasuk golongan selebriti. Antara yang terjejas teruk akibat bencana ini ialah pelakon dan pelawak terkenal, Ebby Yus yang kehilangan rumah impiannya dalam sekelip mata.

Rumah yang dibina hasil titik peluh 30 tahun bergelar anak seni telah musnah apabila dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Hulu Langat pada Sabtu.

Menurut laporan Berita Harian, rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.

Menceritakan insiden itu, Ebby berkata, dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari semalam.

"Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu 'lenyap' dalam kejadian banjir, petang semalam.

"Inilah rumah impian saya lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni. Saya akur dengan ketentuan ini," katanya.

Tambahnya lagi, kerja pembinaan rumah itu dilakukan sedikit demi sedikit dan sering kali tertangguh kerana dia jatuh sakit selain kekangan akibat penularan pandemik COVID-19.

"Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah ini. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom 'Jenaka Kampung Kalut' ( JKK), saya langsaikan baki bayaran projek pembinaan rumah itu.

"Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga. Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang," katanya. 

Pasti ada hikmah di atas musibah yang melanda ini dan digantikan dengan rezeki yang lebih besar. Semoga Ebby Yus tabah dengan ujian ini. - Getaran, 20 Disember 2021

Gambar: Ebby Yus

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Seni & Hiburan 1 hari yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 2 hari yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

4

Selebriti 4 hari yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 4 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki