Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Lagu Popular Mengenang Pemergian Allahyarham Sudirman Haji Arshad

Biarpun sudah tiada namun lagu-lagu Sudirman Haji Arshad terus kekal malar segar. Di sini kami senaraikan lima buah lagu beliau yang dianggap ikonik dan sering dinyanyikan semula oleh generasi hari ini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 1:05PM

Gambar: Library Guide, UM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika disebut nama Sudirman Haji Arshad, mungkin ramai di kalangan generasi hari ini tidak berapa mengenali bintang tersebut yang pernah mendapat anugerah Penghibur Nombor Satu Asia di Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989.

Namun sumbangannya kepada industri seni hiburan tempatan amatlah besar kerana beliau telah mengharumkan nama negara di pelbagai peringkat antarabangsa, khasnya di dalam bidang nyanyian.

Mendapat jolokan ‘the singing lawyer’, berkat ijazah sarjana mudanya di bidang undang-undang dari Universiti Malaya, Allahyarham Sudirman Haji Arshad turut tersenarai sebagai salah seorang penghibur yang paling dihormati oleh rakyat Malaysia.

Namun pemergiannya pada 22 Februari 1992 meninggalkan satu kekosongan dalam arena seni tempatan yang sehingga kini belum dapat diisi oleh mana-mana penghibur.

Lagu-lagunya yang malar segar masih dikenang oleh ramai peminat dan banyak juga yang kerap mendapat putaran di radio masa kini. Sememangnya hanya ada satu Sudirman Haji Arshad dan posisinya tidak akan terganti.

Sungguhpun begitu, seperti kebanyakan penyanyi bertaraf legenda, karya-karya merekalah yang menjadi warisan peninggalan zaman. Di sini kami senaraikan lima buah lagu beliau yang dianggap ikonik dan sering dinyanyikan semula oleh generasi hari ini.

Balik Kampung

Barangkali lagunya yang paling popular, gara-gara mood yang dibangkitkan lewat melodi dan bait-bait liriknya yang menarik. Bercerita tentang keseronokan untuk pulang ke kampung, lagu ini seolah-olah menjadi anthem setiap kali sambutan perayaan muncul. Lebih menarik lagi, biarpun dikategorikan sebagai ‘lagu raya’ dan dimainkan setiap tahun khasnya menjelang Aidilfitri, ia tidak ada satu pun indikasi yang menandakannya sebagai lagu perayaan kerana perkataan raya ataupun Aidilfitri sama sekali tidak disebut dalam lagu ini. Namun ia tetap menjadi lagu Sudirman Arshad yang paling digemari.

Terasing

Kumpulan popular KRU pernah merakam semula lagu ini dengan klip video ala-ala Star Wars yang menakjubkan. Mendapat sentuhan kata-kata penulis lirik tersohor Malaysia, Habsah Hassan, lagu ini juga banyak dinyanyikan semula oleh artis-artis tempatan di pelbagai konsert dan anugerah. Malah lima calon artis baru terbaik Dina Nadzir, Nikki Palikat, Shila Amzah, Alyah dan Ayu Damit pernah menyanyikan semula lagu ini di acara Anugerah Industri Muzik tahun 2010. Sebuah lagu yang bermain dengan perasaan jiwa dan nampaknya bakal terus segar di corong radio tempatan.

One Thousand Million Smiles

Barangkali ia di antara lagu bahasa Inggeris buatan tempatan paling popular di Malaysia. Lagu ini ditulis oleh Paul Ponnudurai manakala susunan lagunya pula dibuat oleh Michael Veerapen. Lagu ini dimuatkan dalam album Asia’s No. 1 Performer. Ketika peringkat akhir pertandingan Asian Popular Music Awards, beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut melalui lagu ini bersama-sama dua lagu medley iaitu 'Send in the Clown' dan 'Smile.' Lagu ini dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakamannya pula dibuat di Abbey Road Studios yang pernah menempatkan penyanyi ternama seperti The Beatles dan Cliff Richard. Lagu ini juga pernah dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.

Chow Kit Road

Siapa yang tidak kenal akan Jalan Chow Kit yang satu ketika dahulu merupakan salah satu jalan paling popular di Kuala Lumpur. Pada 14 April 1986, Allahyarham Sudirman telah mengadakan sebuah konsert terbuka di Jalan Chow Kit sehingga dipenuhi dengan lebih 100,000 orang penonton pada satu malam di hari Isnin. Ia telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Muda hingga Jalan Raja Alang. Kini biarpun kawasan Chow Kit telah berubah wajah, legasinya berterusan dengan pelbagai bangunan menarik yang tersergam di situ. Lagu 'Chow Kit Road' nyanyian Sudirman menjiwai suasana daerah Chow Kit di era awal 80-an dan masih relevan kala didengari di corong radio. Irama rancaknya seolah-olah mengajak anda untuk turut serta menari bersama!

Salam Terakhir

Seperti namanya, lagu ini dirakam seperti sebuah lagu ‘selamat tinggal’ dari beliau. Mengungkapkan salam dan pesanan terakhir seseorang buat orang yang mereka kasihi, lagu ini kerap menjadi lagu yang mengingatkan rakyat Malaysia tentang pemergian Allahyarham Sudirman. Malah, setiap kali ada pemergian orang penting atau terkenal, lagu ini sering menjadi pilihan untuk menggambarkan suasana pilu. Memang menyentuh kalbu, 'Salam Terakhir' akan sentiasa membuat Sudirman kekal dalam kenangan rakyat Malaysia yang mengenalinya. Al- Fatihah buatnya dan semoga tenang di negeri abadi. – Getaran, 22 Februari 2021.  

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

KFC Menggamit Nostalgia, Netizen Sebak Imbas Memori Di Waktu Kecil

2

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Sukan 8 bulan yang lalu

388 Atlet Bersaing Pada Kejohanan Karate Asia Ke-19

4

Sukan 9 bulan yang lalu

Boling: Beregu Wanita Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Bangkok

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Muzik 4 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 12 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar