Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berhati-Hati Main Kutu – Peguam

Rencana Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 10:26AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tidak syak lagi bahawa pandemik COVID-19 telah menjejaskan sumber pendapatan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Dalam keadaan sedemikian, ramai yang mungkin terdorong untuk beralih kepada cara mudah dan singkat, mengumpul wang tunai secara bermain kutu.

Tetapi pengamal undang-undang menasihatkan rakyat Malaysia untuk berhati-hati apabila bermain kutu, kerana ia boleh menyebabkan anda terjerumus melakukan kesalahan dari segi undang-undang.

Peguam Teeruvarasu K. Muthusamy berkata secara ringkas takrifan bermain kutu melibatkan sekumpulan kecil orang yang berpakat untuk menyumbangkan sejumlah wang yang dipersetujui dalam tempoh masa yang ditetapkan secara mingguan atau bulanan.

Duit itu kemudiannya diserahkan oleh ketua kumpulan atau ibu kutu kepada peserta, yang dijalankan secara undian.

Teeruvarasu berkata main kutu tradisional dalam kalangan rakan atau keluarga adalah sah mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS), tetapi ia boleh menyalahi undang-undang dalam dua situasi.

"Menjadi satu kesalahan apabila ibu kutu mengenakan yuran keahlian daripada peserta untuk melanggan atau menyertai skim kutu. Ia juga menjadi tidak sah apabila ibu kutu itu menuntut keuntungan daripada ahli yang menyumbang untuk memperkayakan dirinya," katanya kepada Bernama.

Teeruvarasu berkata senario lain yang akan menyebabkan aktiviti itu menyalahi undang-undang adalah apabila dana itu diiklankan atau dipromosikan kepada masyarakat umum.

Beliau menegaskan bahawa perkara itu melanggar iaitu Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28).

“Akta 28 dengan jelas menyatakan bahawa tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan,” katanya.

Beliau berkata perkara berkaitan Akta 28 adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sebarang penyelewengan kutu boleh dilaporkan kepada Pendaftar Syarikat (ROC) dan polis.

Seorang lagi peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor pula menasihatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri bermain kutu kerana mereka berisiko kehilangan wang atau boleh diheret ke mahkamah.

"Ada banyak cara permainan kutu yang dijalankan hari ini dan mereka juga jalankan melalui kumpulan WhatsApp. Ramai yang menyertai skim ini tanpa mengetahui siapa ibu kutu itu.

"Bila makin banyak kumpulan, dana kutu terus meningkat, simpanan makin banyak, ia jadi wang gelap dan itulah yang biasa mengubahnya menjadi satu kesalahan," jelasnya.

Peguam jenayah terkemuka Datuk N. Sivananthan yang senada dengan Nor Zabetha, berkata sekiranya ahli membuat laporan terhadap ketua kumpulan itu, kedua-dua pihak iaitu peserta dan ibu kutu boleh didakwa.

"Secara teorinya, pihak polis boleh mendakwa peserta kerana main kutu dan ketua kumpulan kerana mengutip (wang) dan juga mencuri atau menipu bergantung pada fakta," katanya. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

3

Politik 5 bulan yang lalu

Isu Liberal International: PKR Timbang Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Berniat Jahat

4

TARA 10 bulan yang lalu

Kawan-Kawan Selalu ‘Flex’ Kemewahan Sehingga Anda Terkesan? Ini 5 Tip Untuk Atasi

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini