Berita Terkini

27 minit yang lalu: STAM 2020: 27 daripada 7,277 calon peroleh gred Mumtaz (Cemerlang) - Pengarah Lembaga Peperiksaan 1 jam yang lalu: PDRM tawar pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian hingga 50% menerusi aplikasi MyBayar Saman bermula 18 Jun - 18 Julai depan. 2 jam yang lalu: COVID: Singapura sasar 50% penduduknya divaksin menjelang Ogos 2 jam yang lalu: Lapangan Terbang Mukah yang baharu, mula beroperasi hari ini 2 jam yang lalu: Pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak perlu dipercepatkan - Pakar

IKUTI KAMI


Perkasakan Integriti Di Kalangan Warga PDRM Antara Fokus Acryl Sani

Rencana Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 12:12PM

Acryl Sani Abdullah Sani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menggariskan tiga fokus utama untuk memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah sebuah pasukan polis yang menjaga keamanan, berintegriti dan berkhidmat untuk masyarakat.

Beliau berkata tiga fokus berkenaan adalah untuk memperkasakan integriti dalam kalangan warga PDRM, memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan PDRM dan meneruskan usaha kerajaan mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

“Untuk memastikan perkara itu dicapai (memperkasakan integriti), PDRM perlu membuat majlis ilmu seperti memberi penerangan dan meminta semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai-balai polis untuk mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP),” katanya kepada Bernama dalam wawancara khas di Bukit Aman, di sini, baru-baru ini, sempena pelantikan beliau sebagai KPN ke-13 berkuat kuasa Selasa (4 Mei) lepas.

Acryl Sani berkata LDP berkenaan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menerangkan topik-topik semasa yang sentiasa menjadi isu.

“Sebagai contoh, kita selalu melihat seseorang anggota polis itu teragak-agak dengan apa tindakan yang perlu dibuat apabila berhadapan dengan sesuatu situasi. 

“Zaman sekarang adalah zaman telefon pintar dengan masyarakat merakamkan (tindakan PDRM berhadapan sesuatu situasu) dalam bentuk video dan ini sekali gus menghakis keyakinan masyarakat terhadap kemahiran dan kecekapan PDRM yang sedang menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata perkara ini perlu diatasi dengan membuat perubahan dalam budaya kerja untuk menjadikan PDRM lebih berintegriti dan mempunyai jati diri.

“PDRM tidak akan sesekali menyembunyikan sebarang bentuk kesalahan jenayah, salah laku, rasuah atau pelanggaran disiplin dalam kalangan warga PDRM,” katanya.

Mengenai fokus kedua iaitu memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan PDRM, Acryl Sani berkata pelaksanaan perkhidmatan (service delivery) ini bukan sahaja di kaunter pertanyaan balai polis atau di sekatan jalan raya (SJR) malah, ia diaplikasikan di mana-mana sahaja, tatkala berlakunya interaksi anggota PDRM dengan masyarakat.

“Maka, disitulah berlaku proses perkhidmatan yang bermula kerana PDRM merupakan satu organisasi dengan cogan kata ‘Sedia Berkhidmat’.

“Cogan kata berkenaan bukan sahaja untuk masyarakat bahkan sesama anggota polis sendiri turut bersedia berkhidmat. Sebagai contoh, anggota polis yang bertugas dalam unit sokongan seperti mekanik dan juruteknik yang memerlukan bantuan antara satu sama lain dalam perkhidmatan,” katanya.

Beliau juga meminta semua pegawai dan anggota polis agar bersikap lebih mesra ketika berurusan dengan masyarakat yang memerlukan bantuan PDRM.

“Saya sering dengar orang ramai dikasari di pejabat pertanyaan dalam bahasa kasar dengan sindiran yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Ia satu perkara yang perlu dihentikan di setiap genap aspek di mana perkhidmatan diberikan sama ada di kaunter pertanyaan atau di lokasi SJR.

Selain itu, Acryl Sani berkata beliau dan barisan kepimpinan PDRM memberi jaminan tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan pesara-pesara polis.

“Saya akan mengarahkan semua Ketua Polis Daerah di seluruh negara untuk membuat semakan mengenai bekas-bekas anggota dan pegawai agar maklumat terkini mereka dikemaskini ke Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Bukit Aman.

“Kadang-kala terdapat isu apabila kita ingin menghubungi bekas anggota atau pegawai, mereka didapati telah bertukar alamat, berpindah ke kampung atau sebagainya. Keadaan ini menyukarkan kami untuk berurusan dengan mereka khususnya melibatkan aspek kebajikan,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai fokus ketiga iaitu meneruskan usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat, beliau berkata PDRM akan sentiasa membantu kerajaan dalam usaha  mengekang penularan wabak COVID-19 serta memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi rakyat.

“Jika sebelum ini, dilihat fokus utama PDRM adalah ancaman jenayah yang memberi cabaran kepada PDRM namun, sejak tahun lepas cabaran itu telah berubah apabila negara dilanda wabak COVID-19,” katanya.

Acryl Sani berkata PDRM akan terus membantu kerajaan memutuskan rantaian wabak berkenaan kerana kes COVID-19 yang dilihat membimbangkan dan meningkat sejak kebelakangan ini.

“Saya perhatikan masyarakat seolah-olah sudah mula lesu dengan pematuhan SOP tetapi kita tidak boleh leka dan mereka harus faham bahawa COVID-19 ini berada di mana-mana sahaja.

“Saya faham apa yang dialami oleh mereka (lesu dengan pematuhan SOP) bahkan ramai petugas kesihatan dan warga PDRM mengalami kelesuan tetapi mereka terus tekun. Jangan jadikan kebosanan untuk mematuhi SOP ini sebagai perkara yang diambil ringan jika tidak patuh SOP, dibimbangi penularan wabak itu tidak terkawal,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Laksana Tindakan Pantas Kekang Aplikasi Ada Unsur Eksploitasi Kanak-Kanak

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hanya Pekerja Miliki Surat Pengesahan Kementerian Boleh Lepasi SJR - KPN

3

Semasa 2 minggu yang lalu

‘Total Lockdown’ Esok Bukan Perintah Berkurung - Ketua Polis Negara

4

Semasa 3 minggu yang lalu

MCMC Nafi Keluar Arahan Untuk PDRM Rampas Telefon Syed Saddiq

Sorotan

1

1.1 Juta Album Bahasa Jepun Terbaru BTS Dihantar Pada Hari Pertama Pelancaran

2

Kes Saman Eizlan Yusof Terhadap Hans Isaac Dicadang Rujuk Pusat Mediasi

3

Perancis Tundukkan Jerman, Ronaldo Cipta Sejarah

4

Israel Lancar Serangan Udara di Gaza

Disyorkan untuk anda

Rencana 2 bulan yang lalu

Stres Boleh Jadi ‘Pembunuh’ Senyap

Rencana 4 bulan yang lalu

COVID: Kesihatan Mental Kanak-kanak Bukan Perkara Ringan

Kanak-kanak kini tidak bebas bergerak dan mereka hanya terkurung di dalam rumah. Ini membataskan pergerakan dan memberi kesan kepada keupayaan pembelajaran sert...

Rencana 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Main Kutu – Peguam

Rencana 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Bebas ‘BerTikTok’ Boleh Jadi Ketagihan Dan Sasaran Pedofil