Berita Terkini

1 jam yang lalu: Hannah Yeoh diharap dapat tangani isu dalam sukan 1 jam yang lalu: Rentas fahaman politik akan dimanfaat untuk negara - Nancy 1 jam yang lalu: Tren kargo tergelincir di Songkhla susulan letupan bom 1 jam yang lalu: Piala Dunia: Belanda 3 Amerika Syarikat 1, Argentina 2 Australia 1 1 jam yang lalu: PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Wan Azizah

IKUTI KAMI


Dihasilkan Hanya Pada Ramadan, Kuih Nekbat Jadi Buruan

Rencana Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 1:23PM

Peniaga kuih Fatimah Mohamad, 47, menunjukkan kuih nekbat yang dijual kepada pelanggan sempena Ramadan ini ketika tinjauan di Pasar Batu Enam pada 15 April. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Setiap kali ketibaan Ramadan, kuih tradisional ‘nekbat’ yang dihasilkan menggunakan tiga bahan utama iaitu putih telur itik, tepung gandum dan air pasti menjadi buruan penggemarnya.

Seorang pengusaha Nafisah Yunus, 60, dari Kampung Merabang Kubang Golok, di sini berkata kuih yang dihasilkan setahun sekali itu memerlukan kekuatan tenaga untuk ‘renjok’ atau ‘kepuk’ (memukul) telur secara berterusan tanpa henti menggunakan peralatan khas selama 10 minit.

Bercakap kepada Bernama, Nafisah berkata menghasilkan nekbat memerlukan ketelitian dan perlu pandai ‘melembutkan tangan’ terutama ketika membancuhnya bersama tepung gandum bagi mendapatkan nekbat yang cantik dan kembang.

“Setelah telur siap dikepuk, ia kemudian dibancuh bersama tepung gandum dan air.

“Sama seperti menghasilkan bahulu, nekbat kemudiannya dibakar menggunakan acuan tembaga serta menggunakan bara dan api yang terhasil daripada sabut kelapa yang dibakar diletakkan di bawah dan atas acuan tersebut,” katanya yang sudah 15 tahun berpengalaman membuat kuih nekbat.

Bercerita lanjut, Nafisah yang dibantu suaminya Abdul Rahim Kadir, 64, serta tujuh pekerja berkata nekbat dibakar dalam tempoh kira-kira 10 hingga 12 minit.

“Sebaik sahaja masak, ia perlu diangkat segera dan terus dimasukkan ke dalam air gula. Proses perlu cepat bagi mengelak nekbat ‘masuk angin’ selain membolehkan ia mengembang dengan cantik sebaik sahaja dimasukkan ke dalam air gula,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Nafisah berkata beliau menjual nekbat pada harga RM2 untuk lima biji dan menghasilkan kira-kira 9,000 biji untuk tempoh sebulan puasa.

Nafisah turut berkongsi bagaimana seorang pelanggannya membuat tempahan nekbat untuk dibawa ke Jepun, dua tahun lepas.

“Pernah seorang pelanggan menempah nekbat kering sebanyak RM150 untuk dimakan selama tempoh sebulan berpuasa di negara matahari terbit itu,” katanya.

Selain nekbat, Nafisah turut menghasilkan kira-kira 15 jenis kuih lain seperti akok kedut, tepung gomak, puteri mandi, kuih badak, beko, puding, sanggupal (kuih sagu) dan ghepak (inti kacang dicicah kelapa parut muda). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Saya Harap Kami Telah Banggakan Bola Sepak Asia - Jurulatih Jepun Moriyasu

2

Sukan 1 hari yang lalu

Jepun, Sepanyol Mara, Jerman Tersungkur Di Peringkat Kumpulan Buat Kali Kedua

3

Sukan 1 bulan yang lalu

SOJC: Malaysia Terus Berputih Mata, Kecundang 0-8 Di Tangan Australia

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Siri Animasi Mechamato Raih Perhatian Peminat Antarabangsa

Sorotan

1

Kabinet Anwar Beri Peluang Pemimpin Muda Bawah 50 Tahun Tunjuk Kemampuan

2

Permintaan Pasaran, Ruang Kilang Lebih Luas Sokong Operasi Micron Di Malaysia

3

Kerajaan Selangor Harap Laluan ECRL Ditambah Ke Bahagian Selatan Negeri