Berita Terkini

3 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Kargo Malaysia Tetap Ceria Disebalik Kesukaran

Meskipun berdepan dengan pemeriksaan ketat kastam dan Imigresen di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura, namun pemandu lori kargo Malaysia tetap positif. Apatah lagi pemeriksaan itu adalah bagi mengekang penularan COVID-19 di kedua-dua negara

Rencana Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2021 4:32PM

S. Sugunthan - Gambar dari TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“You must be shapeless, formless, like water. Become like water my friend.” 

Petikan ungkapan pelakon dan pakar seni bela diri terkenal Bruce Lee itu yang membawa maksud “seperti air, kita juga harus mudah mengikut acuan” sesuai diterima guna oleh pemandu lori kargo Malaysia yang berulang-alik ke Singapura saban hari. 

Seorang daripada mereka, S. Sugunthan, 27, yang sebelum ini bekerja di republik ini namun bertukar kerjaya menjadi pemandu lori kargo sebuah kilang elektronik di Johor pada Julai tahun lepas, contoh sesuai untuk menjelaskan maksud ungkapan itu.

Anak muda ini kekal positif walaupun terpaksa berdepan dengan proses kastam dan imigresen yang lebih ketat di pintu sempadan kedua-dua negara akibat penularan COVID-19.

“Saya seronok jadi pemandu kargo. Kami bersatu dalam apa jua keadaan, tanpa mengira kaum dan agama. Kami semua macam adik-beradik,” katanya dalam nada ceria kepada Bernama.

Baginya, syarat ketat Singapura yang mewajibkan ujian rapid antigen (ART) ke atas semua pemandu dan kelindan memasuki republik itu bagi mengesan COVID-19 bermula 22 Jan lalu bukan halangan besar, sekalipun ada laporan mendakwa langkah tersebut antara punca kesesakan teruk sehingga ada sesetengah pemandu terpaksa menunggu hingga 10 jam untuk melepasi pintu sempadan.

“Keadaan itu tidak berlaku setiap hari. Biasanya hari Selasa, Rabu dan Khamis, barisan lori yang mahu memasuki Singapura mungkin agak panjang daripada kebiasaan. Ini disebabkan ketibaan lori kargo dari utara Semenanjung. 

“Pada hari-hari tersebut mungkin ambil masa 12 jam untuk pulang, namun hari-hari lain macam biasa, dalam empat jam sudah boleh balik ke Malaysia,” katanya. 

Anak jati Ayer Tawar, Perak itu turut berkongsi pengalaman meraikan Thaipusam sambil bekerja pada 28 Jan lalu  apabila terpaksa “beratur” di sepanjang laluan ke Tuas.

“Bagi mengisi masa, kami buat macam-macam. Siapa boleh tahan duduk di dalam lori yang tidak bergerak selama berjam-jam? Sakit belakang, malah buah pinggang pun sakit,” katanya berseloroh.

Sugunthan memuat naik beberapa video yang menunjukkan dirinya memandu dengan riang menerusi aplikasi TikTok.

Satu daripada videonya yang mempertontonkan sekumpulan pemandu bermain bola sepak di laluan bertentangan yang kosong, meraih lebih 15,000 perkongsian.

“Inilah pengalaman kami sebagai pemandu lori kargo yang tidak akan dirasai oleh pemandu lain ketika era COVID-19 ini,” katanya mengakhiri perbualan. - Bernama

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut