Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kurangkan Garam Demi Kehidupan Yang Sihat

Rencana Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 2:47PM

Kurangkan garam, amalkan pemakanan sihat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Masyarakat secara amnya perlu mempunyai willpower atau kemahuan yang tinggi bagi memilih pemakanan yang sihat, terutamanya dalam mengurangkan pengambilan garam, kata pakar nutrisi Prof Madya Dr Hazreen Abdul Majid.

Hazreen daripada Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, berkata  terdapat kajian yang menunjukkan golongan dewasa lebih mengambil garam kerana telah biasa makan makanan masin sejak kecil.

Willpower yang dimaksudkan ialah bagaimana kita boleh menjadikan sesuatu makanan yang tidak sihat menjadi sihat. Contohnya ramai gemar menyimpan stok tin sardin, mungkin mereka boleh buang sos tersebut sebelum masak kerana sos tinggi kandungan garam,” katanya ketika ditemui Bernama selepas sesi interaksi Kementerian Kesihatan dan pengamal media bersempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia, di sini hari ini.

Beliau berkata sebagai alternatif kepada garam, pengguna boleh menambah rempah-ratus selain serai dan lengkuas serta turut menyarankan penggunaan ‘potassium chloride’  atau kalium klorida jika seseorang itu tidak mempunyai masalah buah pinggang sebagai pengganti garam.

“Ibu bapa pula perlu bijak mendidik anak-anak sejak kecil lagi mengenai aspek pemakanan. Setiap etnik mempunyai makanan yang berlainan dan mereka perlu kreatif dalam menyediakan makanan di rumah dengan mengutamakan aspek kesihatan supaya sikap itu dipupuk sehingga dewasa,” katanya.

Menurut kajian Malaysian Community Salt Study (MyCoSS) 2017/2018, kadar purata pengambilan garam rakyat Malaysia ialah  7.9 gram sehari atau 1.6 sudu teh berbanding saranan pengambilan lima gram sehari.

Pengambilan garam berlebihan menyebabkan peningkatan tekanan darah yang merupakan antara faktor utama risiko kematian di Malaysia.

Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang bertemakan ‘Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi’ dari 8 hingga 14 Mac ini antara lain menekankan kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat sebagai langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Rakyat Malaysia Ambil Garam Melebihi Saranan, Tingkat Risiko Hipertensi

2

Selera 1 tahun yang lalu

Strategi Pengurangan Garam 2021-2025 Fokus Reformulasi Produk

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini