Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ajar Bahasa Inggeris Guna TikTok, Sir Asai Jadi Tumpuan

Rencana Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 2:30PM

TikTok menjadi kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris yang diperkenalkan oleh Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim kepada pelajarnya - Gambar ihsan Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MEMASTIKAN pelajar tertarik dengan kandungan pendidikan tatkala kita sedang berdepan dengan pandemik boleh menjadi satu cabaran. Lebih-lebih lagi, adanya gangguan daripada media sosial.

Namun bagi Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim (aka @sir_asai) yang berusia 45 tahun, percubaannya menggunakan internet untuk menjadikan TikTok sebagai ruang pembelajaran telah diterima dengan baik bukan hanya oleh Zoomers di bilik darjahnya, tetapi juga masyarakat umum.

Kini dengan lebih 239.1 ribu pengikut, hampir dua kali ganda ketika The Vibes mula-mula melaporkan mengenai usahanya itu, guru Bahasa Inggeris di SMK Long Ghafar 2, Kota Bharu, ini bukan sekadar fenomena, tetapi seorang yang disanjung sebagai wira.

Beliau berkongsi kisah kehidupannya, pendekatan unik dalam pembelajaran dan kenapa beliau tidak akan berputus ada dalam mengajar - biarpun jika ia bermakna berkongsi lebih kandungan video setiap hari.

Boleh nyatakan latar belakang sebagai guru Bahasa Inggeris? Adakah anda selalu mengajar bahasa?

ASAI: Ya. Saya mula mengajar subjek ini pada 2001 (selepas tamat pengajian) bermakna telah dua dekad sejak saya mengajar Bahasa Inggeris untuk tingkatan 4 dan 5. Selepas SPM, saya melanjutkan pelajaran dengan program berkembar MPIK/UK, di mana saya belajar di The College of St Mark And St John di Plymouth, England. Selepas itu, saya mendapat ijazah dalam TESL dari Universiti Exeter.

Berapa banyak sekolah yang telah anda ajar sejak permulaan karier?

ASAI: Dua. Saya mula mengajar di SMK Jeli. Ia di luar bandar di daerah Jeli, Kelantan. Sekolah kedua adalah sekolah sekarang.

Siapa yang memberikan inspirasi kepada anda untuk menjadi pendidik?

ASAI: Dilahirkan dan dibesarkan di Kota Bharu, saya sukakan Bahasa Inggeris sejak kecil. Guru Bahasa Inggeris saya adalah inspirasi saya. Saya masih ingat beliau adalah lulusan dari United Kingdom. Dan saya ingin mengikut jejak langkahnya - berada di dunia di mana (ketika itu) saya hanya menontonnya di televisyen.

Ketika membesar, bagaimana zaman kanak-kanak anda dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris?

ASAI: Saya belajar Bahasa Inggeris kebanyakannya menerusi lagu-lagu, filem, program televisyen. Ini adalah `guru' asas saya. Untuk muzik, kegemaran saya adalah 'Hangin’ Tough' oleh New Kids On The Block, 'Papa Don’t Preach' oleh Madonna dan 'One Moment in Time' oleh Whitney Houston. Manakala untuk rancangan TV, saya sukakan ‘Growing Pains’ dan ‘Beverly Hills 90210’. Saya juga membesar dengan membaca buku komik X-men, dengan Wolverine adalah karakter yang saya paling minati.

Semasa anda sendiri menjadi pelajar, apakah cabaran yang anda hadapi ketika belajar Bahasa Inggeris?

ASAI: Persepi pelajar terhadap subjek dan bahasa adalah satu cabaran. Sekiranya anda mahir berbahasa Inggeris, anda akan dianggap sombong.

Adakah anda membantu menangani cabaran peribadi yang anda nyatakan dalam kaedah pengajaran anda sekarang?

ASAI: Ya, saya menjadikan pembelajaran lebih mudah diakses dan menyeronokkan. Adalah penting untuk mewujudkan persekitaran di mana pelajar tidak akan saling mempersendakan yang lain atau takut untuk belajar bahasa.

Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim bersama pelajarnya di SMK Long Ghafar 2, Kota Bharu - Gambar ihsan Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim
Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim bersama pelajarnya di SMK Long Ghafar 2, Kota Bharu - Gambar ihsan Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim

Bila dan kenapa anda memutuskan untuk mengajar melalui TikTok?

ASAI: Ia bermula pada penghujung November 2020 sebab saya dapati majoriti pelajar saya menggunakan aplikasi sosial setiap hari. Saya melihatkan kepada cara lebih inovatif untuk mengajar Bahasa Inggeris bagi menarik perhatian mereka. Apabila saya memutuskan untuk mengajar kali pertama menerusi TikTok, pelajar saya memberikan maklum balas yang cepat.

Ia adalah satu kejayaan besar dan menggalakkan saya untuk menyediakan lebih banyak video. Platform ini memberi saya idea dan maklumat mengenai trend terkini serta topik yang disukai pelajar. Saya juga mempelajari mengenai trend media sosial daripada pelajar saya seperti tapisan Instagram.

Apa pandangan keluarga dan sekolah anda tentang kandungan (TikTok)?

ASAI: Keluarga saya, pengetua dan rakan guru di sekolah amat menyokong. Saya anak bongsu dari empat beradik dan kakak saya adalah guru Bahasa Inggeris, namun dia mengajar pelajar UPSR. Dia menggunakan video saya untuk kelasnya.

Situasi di bilik darjah yang fokus kepada pembelajaran, bagaimana anda dapat memupuk hubungan yang rapat dengan murid-murid?

ASAI: Saya tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak, namun saya menganggap mereka sebagai anak saya sendiri. Saya melakukan banyak aktiviti melibatkan interaksi dan mendapat maklum balas dari mereka, bukan hanya bercakap dan (menggunakan) kapur. Saya jadikan mereka terlibat secara aktif dengan pembelajaran dan mempraktikan bahasa.

Adakan kekurangan penggunaan Bahasa Inggeris di Kelantan menghalang perkembangan pelajar untuk mempelajari bahasa asing?

ASAI: Ya, sebab ada yang menganggap ia tidak penting dalam kehidupan harian mereka. Pendedahan yang terhad ini boleh juga berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Kita mempunyai ramai guru Bahasa Inggeris yang bagus dan mereka perlu diberikan peluang untuk bersinar.

Secara peribadi saya kagum dengan rakan guru yang mengajar subjek ini, baik muda atau tua. Bagi persekitaran pembelajaran di Kelantan, ramai murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris dan ia disebabkan kurangnya pendedahan dan kemudahan internet. Dalam hal ini, mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia (BM) bukan mengejutkan. Sebagai contoh, untuk memastikan pelajar memahami dengan lebih baik, guru akan menerangkan perkataan Bahasa Inggeris dalam BM.

Di Kelantan, orang malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan norma masyarakat yang dikenali sebagai ‘gedebe’ atau 'agah teh kecek baso orge puteh’. Bagaimana anda mengatasi perkara ini di kelas?

ASAI: Setakat ini, saya akan memarahi pelajar jika mereka mengusik atau mempersendakan rakan sebaya yang bertutur dalam Bahasa Inggeris. Matlamat utama saya adalah untuk menjadikan mereka suka belajar bahasa ini supaya mereka boleh menggunakannya dalam kehidupan harian dan bersedia untuk masa hadapan.

Untuk berhubung dengan pelajar pada tahap yang lebih mendalam sebagai pendidik, anda perlu menjadi sebahagian dari dunia mereka. Beri mereka peluang dan kenali mereka dengan lebih baik. Sebagai pendidik adalah lebih penting mendekati mereka dan kemudian anda akan menyedari bahawa mereka sayangkan anda. Saya tidak akan berhenti mengajar dalam hidup saya. - Getaran 28 Februari 2021.

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini