Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mrs Malaysia World Bantu Kempen Pulihara Alam Sekitar

Pemenang Mrs Malaysia World 2019/2020 itu meneruskan kempen yang dimulakannya sejak 2020 itu untuk menggalakkan pemilik perniagaan kecil menerapkan gaya hidup mesra alam sekitar.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 6:10PM

Gambar: Instagram @priyaasimmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Sekarang Julai, jangan lupa ia bulan bebas plastik," kata Priyaa Simmi mengingatkan orang ramai dan juga komuniti perniagaan.

Pemenang Mrs Malaysia World 2019/2020 itu meneruskan kempen yang dimulakannya sejak 2020 itu untuk menggalakkan pemilik perniagaan kecil menerapkan gaya hidup mesra alam sekitar.

Kempen itu satu inisiatif global untuk menggalakkan jutaan orang bersama-sama mengatasi masalah pencemaran plastik, ke arah mewujudkan jalan raya, lautan dan komuniti yang lebih bersih. 

Priyaa percaya mendidik masyarakat global mengenai kesan buruk penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar harus bermula dengan komuniti setempat.

Oleh itu, beliau akan bekerjasama dengan Zero Waste Malaysia untuk menganjurkan bengkel percuma  mendidik pemilik perniagaan bagaimana mereka dapat memanfaatkan perniagaan yang mesra alam sekitar.

"Saya berharap perniagaan akan meraih keuntungan di samping usaha mewujudkan perniagaan mesra alam sekitar akan berterusan dan tidak hanya ketika kempen itu," kata Priyaa kepada Bernama.

Priyaa berkata beliau juga telah bekerjasama dengan seorang lagi rakan melancarkan perniagaan EcoQueen bertujuan mendidik orang ramai dan mempromosikan kepentingan gaya hidup lestari dan sifar sisa sampah.

Katanya, EcoQueen sebuah pasar raya yang menghimpunkan produk mesra alam sekitar di bawah satu bumbung.

"Pembeli dalam talian boleh membeli produk penjagaan diri, kecantikan dan gaya hidup dan buat pilihan lebih baik sambil membantu selamatkan planet," tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Muzium Budaya Kota Larangan HK Bakal Dibuka Kepada Pengunjung Awam

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Yuvan Bakal Konsert Di Kuala Lumpur Julai Ini!

3

Semasa 2 tahun yang lalu

1,000 Penduduk Pulau Redang Dijangka Terima Vaksin Julai Ini

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 9 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran