Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Buku: 'Call Upon Him: 21 Steps to Strengthen Our Trust in Allah'

Untuk ulasan buku pertama di Getaran, kontributor kami Khadijah Jais berkongsi pendapatnya tentang sebuah buku yang cukup istimewa.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 10:00AM

Gambar: Twitter Iman Shoppe Bookstore @imanshoppe

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buku Call Upon Him: 21 Steps to Strengthen Our Trust in Allah merupakan karya kedua Mizi Wahid, seorang penulis dari Singapura, yang telah saya baca berulang kali. Buku yang berkisar tentang doa dan keyakinan kepada Tuhan ini telah diolah daripada judul asal, Prayers for Success dan diterbitkan semula oleh Iman Publication pada pertengahan tahun 2019. Buku ini sering mengingatkan saya bahawa Allah itu sangat dekat dan pasti akan menjawab panggilan saya. Namun, berapa kerap pula saya memanggil-Nya?

Buku ini terdiri daripada dua bahagian:

Bahagian pertama menerangkan 21 langkah bagi mendekatkan hubungan kita dengan Allah melalui doa. 21 langkah ini merangkumi perkara-perkara yang harus kita lakukan sebelum, semasa dan selepas berdoa. Setiap bab dalam bahagian pertama juga diakhiri dengan potongan doa pilihan dari Al-Quran. 

Bahagian kedua pula merungkai persoalan-persoalan lazim berkaitan doa seperti “Adakah Allah menerima doa seorang pendosa?”, “Saya tidak tahu apa yang perlu saya minta dalam doa saya,” “Kalau Allah itu Maha Mengetahui, apa perlunya saya berdoa lagi?” dan pelbagai soalan lagi. 

Dengan gaya bahasa yang santai dan susunan kata Bahasa Inggeris yang mudah difahami, penulis mengupas tajuk doa secara komprehensif, diselit dengan kisah-kisah pengalaman peribadi serta interaksi beliau dengan masyarakat. Sebagai contoh, penulis menceritakan kisah penantian ibu bapa penulis selama 12 tahun bagi menimang cahaya mata kedua.

Doa bukan sekadar ritual

Buku ini membawa kita melihat doa daripada sudut pandangan yang lebih luas daripada amalan ritual semata-mata. Doa bukan sekadar menadah tangan, meminta itu dan ini daripada Tuhan, umpama kanak-kanak girang menyampaikan ‘wish list’ kepada Santa Claus menjelang Hari Natal. Doa bukan juga mengulang-ulang frasa Arab yang telah kita hafal sedari kecil tanpa menjiwai bahkan mengetahui maknanya. Hakikatnya, doa adalah tanda pengabdian kita kepada Allah, suatu pengakuan bahawa kita hanya bergantung kepada-Nya dan lambang keyakinan kita terhadap pertolongan Allah. Doa merupakan medium komunikasi langsung antara kita dengan Allah, yang Maha Mendengar.

Doa bukan talian hayat semata-mata

Sebagai manusia, kita cenderung meminta kepada Tuhan pada saat kita berasa terdesak dan terhimpit. Namun, segera pula melupakan-Nya ketika apa yang kita angankan telah kita kecapi. Buku ini berhasrat menyuntik inspirasi ke dalam jiwa pembaca untuk sentiasa berdoa dan berkomunikasi dengan Allah di kala suka dan duka, susah mahupun senang. “When you deposit your faith in Allah early, He will repay you in favour early.” (Lebih cepat anda berserah kepada Allah, lebih cepat Dia kabulkan permintaan anda.)

Doa tanpa mengenal erti putus asa

Buku ini juga memberikan kita motivasi agar tidak berputus asa dalam berdoa. Adakalanya kita merasakan seolah-olah panggilan kita tidak didengari, permohonan kita tidak terjawab, sehingga terdetik, “Berapa lama lagi harus saya bersabar dan terus berdoa?” Yakinilah bahawa kita meminta daripada Tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Pemurah, Maha Mencintai. Doa kita tidak akan pernah disia-siakan dan pasti akan dijawab-Nya, dengan cara yang terbaik buat kita dan paling dicintai-Nya.

We must remain strong and resilient through the hard times… we must remain humble during the prayer itself and after it has been granted.” - Mizi Wahid

(Kita harus kekal kuat dan cekal melalui saat-saat genting... Kita mesti juga tetap merendah diri kala berdoa dan selepas doa itu dikabulkan.)

Buku best seller yang sarat dengan pengisian tentang doa dan keyakinan ini boleh didapati di Iman Shoppe dan rangkaian kedai buku di seluruh Malaysia seperti MPH, Popular, dan Kinokuniya.

Berita Berkaitan

1

Gaya 7 bulan yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

3

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Ulasan Filem : ‘The Little Mermaid’ Tetap Menghiburkan Biarpun Watak Utama Berlainan Daripada Versi Animasi

4

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY