web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Buku : Show Up- A Motivational Message for Muslim Women

'Show Up: A Motivational Message for Muslim Women' mengumpulkan elemen-elemen motivasi Islamik dan kandungannya universal-- kaum Adam juga boleh membacanya.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 3:05PM

Gambar: Twitter @NaimaBRobert

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk buku: Show Up: A Motivational Message for Muslim Women

Penulis: Na’ima B. Robert

Halaman: 120

Penerbit: Kube Publishing

Rata-rata rakan bookstagrammer muslimah memberikan reviu dan komen yang sangat baik tentang karya terbaru Na’ima B. Robert, seorang penulis prolifik, motivator dan editor majalah dari United Kingdom yang telah memenangi banyak anugerah dan menulis lebih daripada 25 buah buku.

Saya begitu teruja ingin mendapatkan buku motivasi yang disasarkan kepada wanita muslim ini.

Mesej utama buku ini ialah galakan kepada wanita muslim untuk tampil memberikan yang terbaik dalam setiap peranan yang dimainkan, baik di rumah, di tempat kerja, dalam masyarakat mahupun terhadap diri sendiri.

Buku ini mengajak pembaca untuk menjadi hero dalam cerita hidup masing-masing, bukan dengan berdikari tanpa mengharapkan pertolongan orang lain tetapi dengan menjalani kehidupan dengan penuh kesedaran dan kesungguhan (mindful and intentional) serta bersikap positif dalam menangani cabaran. 

Selain memuatkan pengalaman peribadi beliau, penulis turut memasukkan sudut pandang Islam dalam penulisan beliau.

Walau bagaimanapun, saya mendapati buku ini bersifat sangat ringkas dan umum. 6 tip yang diberikan tentang bagaimana untuk tampil (show up) juga merupakan tip-tip yang biasa kita temui dalam buku-buku serta video motivasi/bantu mandiri (self-help) yang berada di pasaran.

Kupasannya tidak begitu mendalam. Mungkin tiba masanya untuk saya mempelbagaikan genre bacaan saya atau mungkin harapan saya yang terlalu tinggi selepas membaca reviu kawan-kawan lain menyebabkan saya berasa kurang puas membaca buku ini.

Buku ini saya sarankan jika anda baru berjinak-jinak dengan genre motivasi/bantu mandiri, inginkan bacaan yang ringkas untuk menaikkan semangat tetapi kesuntukan masa atau memerlukan peringatan segera.

Show Up: A Motivational Message for Muslim Women mengumpulkan elemen-elemen motivasi Islamik di satu tempat yang mudah dirujuk. Oh ya, kandungan buku ini sebenarnya universal - kaum Adam juga boleh membacanya.

Kesimpulan yang saya peroleh daripada buku ini ialah kita tidak boleh lagi bertangguh dalam membuat keputusan untuk mencorakkan kehidupan kita sendiri. Jangan biarkan masa kita dihabiskan untuk memenuhi agenda orang lain sahaja. “Be you!” (Jadilah diri sendiri!)

Seperti biasa, anda boleh dapatkan buku ini di rangkaian kedai-kedai buku ternama di seluruh Malaysia, kedai buku tempatan dan juga kedai buku atas talian. - Getaran, 25 Jun 2021     

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pick Up Line' Dalam Ceramah Motivasi, Matlamat Tak Halalkan Cara!

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden