Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Poligami Tingkatkan Risiko Kanser Pangkal Rahim

Jangan tuding jari kepada kaum wanita sahaja. Lelaki perlu ambil tahu peranan mereka dalam penyebaran virus penyebab kanser pangkal rahim.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 8:50AM

Gambar: Vjapratama, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa kata hidup bermadu itu manis? Jangan kata perlu berkongsi suami dan membahagi-bahagikan kehidupan seharian dengan insan ketiga (atau keempat dan kelima), bayangkan sekiranya perkongsian ini membawa akibat lebih buruk lagi.

Kerap kali apabila bercerita tentang kanser pangkal rahim, suasana terus menjadi tegang kerana penyakit ini dikaitkan dengan tabiat seksual rambang oleh masyarakat.

“Sebenarnya itu persepsi yang perlu diperbetulkan oleh masyarakat. Walaupun anda mempunyai satu pasangan sahaja, anda masih berisiko untuk mendapat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) yang boleh mengakibatkan kanser pangkal rahim,” kata Dr. Ahmad Zailani Hatta Mohd Dali, Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan (Kanser Ginekologi) dari Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Apatah lagi apabila sesebuah keluarga mengamalkan poligami atau pernah bercerai dan berkahwin semula.

Menurut Dr. Hatta, masyarakat perlu mengetahui bagaimana jangkitan HPV boleh berlaku. Secara dasarnya, virus tersebut adalah sejenis bendasing yang boleh menjangkiti tidak kira lelaki atau perempuan.

“Sebenarnya tubuh kita boleh melawan jangkitan HPV secara semula jadi sekiranya kita mempunyai sistem imun yang kuat. Namun, apabila jangkitan ini berlaku berulang kali, kebarangkalian untuk ia bermutasi menjadi kanser adalah sangat tinggi,” tambah Dr. Hatta.

“Saya tidak bersetuju dengan pandangan masyarakat yang sering menuding jari kepada kaum Hawa apabila mereka menghidap kanser pangkal rahim. Ramai menganggap pesakit kanser pangkal rahim mempunyai tabiat seksual seperti terlalu aktif dan kerap bertukar pasangan.”

“Kadangkala kita terlupa orang lelaki juga boleh menjadi pembawa virus HPV. Hanya kerana mereka tidak mempunyai rahim seperti wanita, maka mereka tidak menghidap kanser pangkal rahim”.

Sebab itu, Dr. Hatta juga mengingatkan kepada masyarakat, sama ada sudah berkahwin atau tidak, asalkan individu tersebut mengadakan hubungan seks, risiko untuk jangkitan HPV adalah tinggi.

“Begitu juga dengan keluarga yang mempunyai lebih daripada satu isteri. Sekiranya salah seorang isteri menghidap penyakit kanser pangkal rahim, kebarangkalian isteri yang lain untuk menghidapnya juga agak tinggi kerana si suami bertindak sebagai pembawa virus tersebut.

“Oleh itu, janganlah kita hanya menuduh orang lain mempunyai hubungan seks rambang apabila mereka menghidap kanser tersebut. Tuduhan itu hanya menunjukkan betapa kurangnya pengetahuan kita tentang kanser pangkal rahim,” tambah Dr. Hatta.

Dr. Hatta juga menerangkan, bagi pasangan yang mengamalkan monogami tanpa mempunyai hubungan seksual dengan orang lain selain suami isteri juga masih boleh dijangkiti HPV kerana sifat virus tersebut yang sebenarnya boleh didapati di sekeliling kita termasuklah pada tangan, pakaian dan permukaan benda di sekeliling kita.

“Pokoknya adalah apabila virus tersebut terdedah pada pangkal rahim seorang wanita.

“Sebab itu, ia boleh berkembang menjadi kanser pada masa hadapan. Kita perlu faham, kanser pangkal rahim ini adalah sejenis penyakit yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk bermutasi.

“Sebab itu apabila seorang wanita sudah berumah tangga, doktor sakit puan akan menyarankan supaya wanita tersebut membuat ujian pap smear setiap tiga tahun apabila ujian pertama jelas menunjukkan keputusan smear yang normal,” katanya.

Tambah Dr. Hatta lagi, kebarangkalian untuk dijangkiti HPV walaupun menggunakan kondom apabila mengadakan hubungan intim adalah lebih tinggi berbanding HIV.

“HIV tersebar menerusi bendalir dalam badan, HPV pula tersebar menerusi sentuhan. Sebab itu, saya berharap masyarakat dapat memahami konsep ini dan tidak membuat andaian apabila ada wanita yang mereka kenali menghidap kanser pangkal rahim.

“Perbezaan antara dua virus ini adalah, HPV masih boleh dibendung dengan suntikan vaksinasi”.

Suntikan vaksinasi HPV lazimnya diberikan sebanyak 3 dos dalam tempoh 6 bulan untuk melengkapkan antibodi wanita melawan virus tersebut.

“Kita sebagai rakyat Malaysia dianggap bertuah kerana kerajaan menggalakkan suntikan vaksinasi tersebut diberikan kepada pelajar perempuan dari usia persekolahan lagi.

“Ada negara Barat seperti Australia yang mewajibkan vaksinasi HPV kepada kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan dalam usaha mengawal risiko kanser yang berpunca daripada HPV.

“Ada juga negara lain yang tidak mempunyai program vaksinasi seperti ini langsung. Sebab itu, kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan Malaysia boleh menjadi negara yang sifar kanser pangkal rahim pada masa akan datang,” kata Dr. Hatta, mengakhiri perbualan.

Selain daripada kanser pangkal rahim, HPV juga boleh menyebabkan kanser lain termasuk kanser alat kelamin dan kanser hidung atau nasopharyngeal yang mencatatkan bilangan tinggi dalam kaum lelaki Cina di Malaysia. - Getaran, 25 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Hidap Kanser: Raja Charles III Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Sokongan Rakyat

Sorotan

1

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

2

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

3

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

4

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

5

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

6

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN