Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


7 Cara Berhadapan Krisis Kewangan

Ramai yang terkesan dari segi kewangan di kala pandemik ini. Jangan ambil mudah situasi ini kerana lama-kelamaan ia boleh memakan diri. Jadi, bagaimana caranya untuk kekal tenang berhadapan krisis kewangan?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 8:59AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 memberi impak yang bukan kepalang kepada kehidupan kita hari. Selain perlu menjalani kehidupan sosial yang menyesakkan, ramai juga di antara kita mula dihimpit dengan masalah kewangan.

Berdasarkan rekod Sistem Insuran Pekerjaan (SIP), seramai 99,696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga November 2020.

Pembuangan pekerja itu turut melibatkan golongan berkemahiran tinggi, masing-masing membabitkan kategori pengurus seramai 13,109 orang, professional, 26,079 orang dan juruteknik serta profesional bersekutu, 19,095 orang.

Itu belum lagi mengambil kira golongan pekerja yang berhadapan dengan pemotongan gaji sehingga 50 peratus sebagai satu langkah penjimatan daripada pihak majikan. Realiti yang pahit untuk ditelan. Tekanan kewangan sememangnya boleh menjejaskan kesihatan emosi dan fizikal. 

Jika anda salah seorang daripada mereka yang berhadapan dengan situasi ini, adalah sangat penting untuk mengetahui cara mengatasinya. Jangan ambil mudah kerana lama-kelamaan ia boleh memakan diri. Jadi, bagaimana caranya untuk kekal tenang berhadapan krisis kewangan ini? Ini caranya:

 

1) Segera bertindak

Pembaziran masa adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah kewangan. Ramai yang tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah, kononnya ‘go with the flow’ bagi mengurangkan tekanan. Jangan. Anda perlu fokus dan cepat bertindak.

Bincang dengan mereka yang anda percayai secara terbuka. Langkah ini boleh membantu anda dan ahli keluarga untuk memahami apa yang sedang berlaku dan mengenalpasti cara menanganinya bersama.

Sediakan pelan dan bajet yang jelas dan realistik. Minta kerjasama mereka untuk anda untuk menetapkan matlamat. Tetapkan had dan peraturan perbelanjaan, seperti hanya membeli barang keperluan buat masa ini.

Sebagai contoh, jika dahulu sering bermewah dengan makanan laut, mungkin sekarang ini hidangan itu boleh dinikmati seminggu sekali. Berkumpul dan berbincang dengan ahli keluarga agar setiap individu boleh menyumbang demi kestabilan kewangan keluarga.

 

2) Hubungi pihak bank

Kenal pasti masalah yang dihadapi dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. Misalnya, jika anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran bulanan selepas tempoh moratorium tamat, jangan malu untuk hubungi pihak bank anda untuk penstrukturan semula.

Berdiam diri di rumah tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya hutang anda semakin terbeban dengan kadar faedah.

 

3) Lupakan kad kredit dan abaikan platform membeli-belah (bukan keperluan)

Untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu, sekat medium yang sering mendorong hal itu. Biarpun kad kredit anda belum sampai had maksimum, elakkan daripada menggunakan kad ini untuk berbelanja, walaupun barang keperluan harian. 

Selain itu, elakkan diri daripada mengunjungi platform membeli-belah yang tidak berkenaan. Membeli pakaian baru, perabot baru bukanlah keutamaan buat ini. Lebih-lebih lagi masa banyak dihabiskan di rumah.

Gunakan apa yang ada seoptimum mungkin. Mungkin sudah tiba masanya menggeledah rumah untuk mencari apa sahaja yang boleh digunakan tanpa perlu mengeluarkan belanja.

 

4) Jana pendapatan sendiri

Setiap orang pasti mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Disebabkan selama ini anda ‘makan gaji’, mungkin anda tidak pernah terfikir untuk menjual masak lemak ayam kampung yang menjadi kegemaran keluarga. Mana tahu, ramai yang suka dan wang hasil jualannya boleh menampung perbelanjaan dapur. 

Tak perlu buat sasaran tinggi pada permulaan, cukup sekadar ambil pesanan daripada teman-teman atau residen apartment. Selain itu, boleh juga menjual barangan preloved di media sosial atau gunakan platform yang dipercayai ramai seperti Carousell dan Mudah.my .

 

5) Cari masa perbaiki diri

Apabila anda waktu terluang, ambil masa itu itu bermuhasabah diri. Lihat kembali setiap tindakan yang telah dilakukan sepanjang tempoh sukar ini.

Jika anda rasa ada perkara yang perlu diperbaiki, cari jalan atau langkah sebaiknya. Daripada plan A berubah kepada plan b. Pendekatan menulis jurnal juga boleh membantu. Tulis permasalahan anda di atas kertas, senaraikan segala kemungkinan dan susun strategi menanganinya. 

 

6) Jaga kesihatan mental dan fizikal anda. 

Anda harus berada dalam keadaan stabil untuk berfikir secara jelas serta dapat menjaga diri dan insan tersayang dengan baik. Hubungi kumpulan sokongan seperti Talian Kasih di 15999 atau WhatsApp 019-2615999 untuk mendapatkan kaunseling atau bantuan lain sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bersikap proaktif dan hadapi sebarang cabaran. Jika masalah kewangan anda semakin meruncing dan anda sudah tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya, dapatkan nasihat profesional atau kaunseling kewangan untuk mengetahui cara menguruskan hutang anda. Anda boleh menghubungi AKPK, yang menawarkan kaunseling pengurusan kewangan dan hutang secara percuma.

 

7) Amalkan diet sihat

Apabila zat dan nutrisi diambil tidak seimbang, anda akan cenderung untuk terkesan secara fizikal dan mental. Apa yang kita makan akan menentukan tahap kesihatan kita.

Amalan diet yang seimbang boleh membantu menghindarkan stres, sekali gus memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Antara makanan yang membantu mengurangkan stres adalah:

* Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan untuk menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.

* Sumber ikan, terutama ikan laut dalam seperti ikan salmon, mackerel (tenggiri, kembung) dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).

* Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.

* Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.

* Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan

* Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.

* Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres. - Getaran, 4 Jun 2021

Sumber:

https://www.verywellmind.com  

https://ctoscredit.com.my 

http://www.myhealth.gov.my

Kredit foto : Unsplash



 

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Jelajah 8 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY