Berita Terkini

6 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 7 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 7 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 7 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 7 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Hukum Ziarah Kubur Pada Hari Raya, Boleh Atau Tidak?

Menjadi kebiasaan kita menziarahi pusara orang tua di Hari Raya, tetapi apakah ia sebenarnya dibenarkan dalam Islam?

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 9:00AM

Gambar: Syeda Imran

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Asal ziarah kubur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak, walaupun pada awalnya Rasulullah SAW melarang menziarahi kubur tetapi kemudian diizinkannya bahkan menyuruhnya.

Menurut laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.

Riwayat Muslim

Dalam riwayat Muslim yang lain, menunjukkan sebab ziarah kubur adalah bagi mengingati kematian. Dalam hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA, berkata: Nabi SAW menziarahi pusara ibunya lalu baginda menangis dan orang yang di sampingnya turut menangis, kemudian baginda bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: Aku meminta izin daripada Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia (Allah) tidak memberi keizinan kepadaku dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian.

Riwayat Muslim

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

Menziarahi kubur pada Hari Raya, boleh atau tidak?

Membawa kepada persoalan, bolehkah kita menziarahi kubur pada Hari Raya Aidilfitri? Umum menjadi kebiasaan untuk umat Islam di negara ini, terutamanya orang Melayu untuk menziarahi pusara ahli-ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia sepanjang bulan Syawal ini.

Seterusnya, menziarahi kubur pada Hari Raya atau bulan Ramadan atau Syawal telah menjadi perbahasan para ulama di serata dunia Islam. Menurut Menteri Agama, YB Senator Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menuliskan terdapat dua pandangan dalam isu ini. 

Pertama: Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan atau digalakkan bahkan ia boleh dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada Hari Raya. Baginda melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Kedua: Hukumnya adalah harus. Ini kerana tiada perintah atau larangan khusus. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Imam al-Harawi dalam syarah sahih Muslim berkata: “Tidak ada hadis sahih yang menerangkan ketentuan hari untuk melakukan ziarah kubur dan tidak pula ada had berapa kali ziarahnya.”

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

 

Kesimpulan

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri merumuskan dengan ini dapatlah kita simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas sembahyang raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati (yang dahulunya bersama-sama mereka bergembira di Hari Raya) serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa, maka ia tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. 

Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan berdasarkan pendapat al-Hafiz Ibn al-Arabi yang mensyarahkan hadis riwayat al-Tirmizi dengan berkata: 

“Yang benar adalah Nabi SAW membolehkan menziarahi kubur untuk lelaki dan wanita. Jika ada sebahagian yang menganggapnya makruh bagi perempuan, maka hal itu kerana lemahnya kemampuan perempuan untuk bersikap tabah dan sabar sewaktu berada di kubur atau kerana penampilannya yang tidak mengenakan hijab (menutup auratnya) dengan sempurna.”

Arkian jika menziarahi kubur selepas solat sembahyang raya untuk memperbaharui kesedihan atau untuk menerima takziah di atas kubur atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah.

Ini kerana takziah selepas mayat dikebumikan lebih daripada tiga hari adalah dilarang. Juga kerana Hari Raya adalah hari bergembira yang sepatutnya tidak ditimbulkan perasaan sedih padanya. – Getaran, 21 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Anwar Puji Sikap Hun Sen Yang Hormati Kaum Muslim

2

Semasa 15 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

3

Semasa 17 jam yang lalu

Anwar Tiba Di Phnom Penh, Lawatan Rasmi Perkukuh Hubungan Malaysia-Kemboja

4

Refleksi 20 jam yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Refleksi 20 jam yang lalu

Acar Ikan Kering Laris, Pengusaha Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan