Berita Terkini

54 saat yang lalu: Presiden Biden akan menghantar tentera ke Eropah timur 13 minit yang lalu: Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Kuching 11.47 malam tadi - Menantu 17 jam yang lalu: 5,522 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini - KP Kesihatan 17 jam yang lalu: Kebakaran di Kedutaan Malaysia di Seoul, tiada kecederaan dilaporkan - Agensi Berita Yonhap 20 jam yang lalu: AirAsia Group Bhd secara rasmi mengumumkan pertukaran nama syarikat pegangan kumpulan kepada Capital A Bhd

IKUTI KAMI


“Paling Rindu Malam Raya,” Luahan Anak Rantau Lebaran PKP 3.0

Tahun kedua beraya di perantauan bukanlah perkara yang indah untuk dikenang. Namun, pengorbanan perlu dilakukan agar COVID-19 tidak ikut menyapa yang tersayang di kampung halaman.

Refleksi Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 9:25AM

Gambar hiasan. Pelajar UiTM pulang ke kampung halaman. Gambar: Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasa seperti deja vu bila kita semua tidak dibenarkan pulang untuk menyambut Hari Raya kali ini. Ramai yang meluahkan kekecewaan tak dapat menatap wajah ibu dan ayah di kampung.

Namun, mengenangkan keselamatan dan kesihatan orang tersayang jauh lebih penting. Maka sama-samalah kita menahan perasaan dan menyambut lebaran dalam keadaan sederhana setakat apa yang ada. 

Getaran sempat menemu ramah beberapa anak rantau untuk menceritakan pengalaman mereka beraya jauh dari keluarga pada tahun yang kedua ini. Masing-masing berkongsi kenangan yang disimpan setiap kali berbual tentang sambutan Aidilfitri.

Wanita asal Negeri Sembilan bernama Dayana Ariffin mengakui ini sudah masuk tahun kelima dia tidak pulang beraya di kampung. Selepas pulang ke Malaysia sebaik sahaja menamatkan ijazah kedoktoran di United Kingdom dunia diduga dengan kewujudan COVID-19 yang memaksanya untuk meraikan hari lebaran jauh dari keluarga. 

“Kami ada tradisi iaitu meraikan hari terakhir iftar bersama keluarga secara besar-besaran. Kami akan pasang pelita dan buat BBQ di luar rumah. Memang meriah. Pada pagi hari raya pula, rindu nak pergi solat raya bersama-sama keluarga dan makan beramai-ramai.

“Sekarang ini, saya dan suami hanya akan solat raya berdua di rumah dan ambil gambar sesuai dengan limitasi yang diarahkan kerajaan,” ceritanya.

Beralih pula ceritanya dengan Nuredayati yang baru sahaja melahirkan anak tahun ini. Nampaknya ibu bapanya di Tangkak, Johor belum lagi berkesempatan untuk beraya bersama-sama cucu kesayangan mereka. 

“Sehari sebelum raya memang meriah. Kami semua akan sibuk masak, kemas rumah dan adik-beradik saya pula bising sebab suka bakar mercun. Selain itu, kami memang akan ziarah rumah pakcik dan makcik kami.

“Tapi sekarang semua dah berbeza sedikit. Raya kali ini pun dengan keluarga kecil saya sahaja di Kajang. Tapi Alhamdulillah dapat banyak kiriman kuih dari keluarga di kampung. Bersyukur sangat,” katanya. 

Lain pula ceritanya dengan Faiz Zulkifli yang mempunyai tradisi keluarga yang dikenali sebagai 'Hari Buat Ketupat' di Kelantan.

“Biasanya sehari sebelum raya kami semua ada tugas masing-masing. Ada yang menganyam, ada yang bakar kayu api. Memandangkan ketupat tu kami guna beras yang mentah jadi ambil masa sikit nak masak.

“Malam raya pula jiran tetangga akan datang untuk bersembang. Walaupun kadangkala tak faham pun apa yang mereka borakkan tapi suasana meriah itu yang saya rindu.

“Tapi dah nama pun PKP. Tahun ini saya masak pun seorang diri. Pagi raya pun saya sekarang Facetime sahajalah dengan keluarga,” katanya yang kini tinggal di Kuala Lumpur. 

Turut rasa seorang diri di Cyberjaya ialah Rafidah Mohd Ghazali. Kalau sebelum ini dia pasti akan pulang ke Johor Bharu untuk beraya bersama neneknya. Namun, tahun ini sama seperti tahun sebelumnya, dia hanya meraikan lebaran di rumah sewa sahaja. 

“Saya paling rindu masakan nenek saya iaitu ayam masak sambal istimewanya. Air tangannya itu saya memang tak boleh dapat di mana-mana. Sedih bila sudah dua tahun saya tak pulang beraya dan tak dapat menikmati hidangan itu. 

“Raya tahun ini saya tekad, saya video call nenek di kampung untuk tanya resepi masakan. Dia pula gigih duduk di depan telefon lama-lama untuk pastikan saya mengikuti kaedah masakan yang betul. Sayu bila saya dapat makan ayam masak merah resepi nenek. Lepaslah juga perasaan rindu di kampung halaman,” luahnya.

Setiap daripada kita memiliki tradisi keluarga yang sangat unik dan indah untuk dikenang. Beraya di perantauan untuk tahun kedua ini sebenarnya banyak mengajarkan kita untuk menjadi lebih menyayangi insan terdekat yang selama ini menyayangi kita.

Walaupun kita dipisah jarak dan sempadan namun kasih sayang antara keluarga tidak sekali pun pudar di hari lebaran. - Getaran, 14 Mei, 2021

Sorotan

1

“Saya Selesa Atas Katil Sendirian”- Zizan Razak  

2

Keuntungan Bersih Digi Susut Kepada RM1.16 Bilion

3

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Ke Phnom Penh

4

Selepas Fries McD, Ayam Goreng KFC Pula 'Hilang' 

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Aktiviti Menarik Sempena Tahun Harimau Menanti Anda! 

oleh Zaidi Che

Refleksi 20 jam yang lalu

Buat 5 Perkara Ini Untuk Lebih Positif dan Gembira

Sebagai individu yang punya tanggungjawab ke atas diri sendiri, anda juga harus mencari bahagia untuk kekal positif. Ini lima perkara yang boleh anda pertimbang...

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

'Little Beijing' Di Machap Jadi Tumpuan Pengunjung Bergambar

Kampung Baru Machap Umboo dan Kampung Machap Baru dihiasi dengan pelbagai lampu neon berwarna-warni, lebih 3,000 tanglung berbentuk sfera dan segi empat tempat...

Jelajah 1 hari yang lalu

Melawat Shell Penang Road, Stesen Minyak Tertua Pulau Pinang!

oleh Zaidi Che