Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isteri Boleh Ambil Duit Suami Senyap-Senyap Kalau Tak Diberi Nafkah

Wahai isteri, ketahuilah hakmu tatkala diabaikan suamimu.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 9:47AM

Gambar: Melissa Walker Horn, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kes suami mengabaikan nafkah buat isteri bukanlah satu perkara baru atau asing ketika ini. Memang ramai golongan suami yang mengambil mudah tentang kewajiban ini. Malah ada kes di mana suami langsung tidak pernah memberikan nafkah kepada isteri sejak awal perkahwinan.

Adakah ini kerana kesilapan wanita sendiri? Setiap isteri perlu tahu hak-hak sebagai seorang isteri. Menurut Peguam Syarie, Zulkifli Che Yong, nafkah terbahagi kepada dua aspek iaitu Kifayah dan Ma'ruf. 

Kifayah adalah keperluan asas manakala Ma’ruf pula adalah hadiah kepada isteri. Berapa banyak nafkah yang perlu diberikan kepada isteri bergantung kepada taraf ekonomi suami, keadaan keluarga dan kebiasaan persekitaran.

“Keperluan dan kemampuan seorang isteri dan suami perlu diambil kira dalam pemberian nafkah. Kalau suami hanya mampu bagi nafkah untuk makan, jadi itu sahaja yang dia perlu bagi. Ini kerana Islam tidak akan membebankan suami,” ujar Zulkifli.

Dalam masa yang sama, Zulkifli turut menjelaskan bahawa tuntutan nafkah masih lagi boleh dibuat walaupun wanita terbabit telah bercerai dengan suami. Ini kerana nafkah isteri adalah wajib untuk dibayar oleh suami. 

“Biarpun telah bercerai, bekas isteri boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah. Mahkamah yang akan tentukan jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh suami kepada bekas isterinya. Jika bekas suami tidak ada wang untuk membayar, kita boleh rampas harta si suami. Selain itu, bekas suami juga boleh dihukum penjara sekiranya masih gagal membayar hutang nafkah.

Gambar: Allef Vinicus, Unsplash
Gambar: Allef Vinicus, Unsplash

Seperkara lagi, Mahkamah Syariah tidak terikat dalam had masa. Jadi, wanita itu boleh tuntut nafkah pada bila-bila masa biarpun mengambil masa yang sangat panjang. 

Walaupun ada persefahaman yang isteri mahu membantu suami dalam menguruskan rumah tangga seperti membayar bil-bil elektrik dan air, tanggungjawab ini sebenarnya masih di bahu suami. Selain itu, isteri yang banyak membantu suami boleh mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya mahu menuntut harta sepencarian di kemudian hari.

Menjawab persoalan tentang mengambil wang suami secara senyap-senyap untuk perbelanjaan, Zulkifli memberitahu perkara itu dibenarkan dalam Islam selagi ia tidak berlebih-lebihan. 

Memang benar sebab ketika zaman Rasulullah SAW dahulu ada sahabat Nabi yang sangat kedekut sehingga tidak memberikan perbelanjaan yang sepatutnya kepada isterinya. Jadi si isteri telah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa dia telah mengambil wang suaminya secara senyap-senyap. Jelas Rasulullah SAW, tidak mengapa selagi apa yang diambilnya itu tidak berlebih-lebihan dan hanya untuk keperluan Kifayah. 

Bagaimanapun, perlu diingatkan, nafkah suami kepada isteri menjadi wajib hanya apabila syarat-syarat berikut telah dipenuhi:

  1. Suami tidak dihalang untuk mendekati, berseronok dan ‘bersama’ dengan isterinya, melainkan terdapat halangan yang telah ditetapkan oleh syarak.
  2. Isteri tinggal di tempat tinggal yang ditetapkan oleh suaminya, kecuali jika tempat itu mendatangkan mudarat kepada diri, harta atau maruahnya.
  3. Isteri taat kepada suami dan tidak nusyuz. Misalnya, jika isteri keluar bekerja tanpa izin suami, maka suami tidak wajib membayar nafkah. Bahkan isteri akan mendapat dosa selagi dia tidak mendapat keizinan suami. - Getaran, 5 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

JAKIM Tidak Terima Laporan Mengenai 'Projek Cinta' - Mohd Na'im

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki