web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Buku : Kala Runtuh Seluruhnya

Walaupun karya fiksyen, novel nukilan Fiy Suri ini mengetengahkan mesej-mesej positif yang berguna untuk para pembaca.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 2:00PM

Gambar: Instagram @imanpublication

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk novel: Kala Runtuh Seluruhnya

Penulis: Fiy Suri

Penerbit: Iman Publication

Kala Runtuh Seluruhnya, bunyinya tragis sekali seakan-akan tiada harapan lagi. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

Novel tulisan Fiy Suri ini menceritakan tentang bagaimana kehidupan Hud, seorang atlet sukan luncur salji negara berubah dalam sekelip mata. Peristiwa tersebut telah menyebabkan Hud hilang harapan dan merasakan hidupnya tidak bermakna lagi.

Hud yang menetap di Kanada membuat keputusan untuk pulang ke tanah air dan meninggalkan sukan kegemarannya.

Dia ditakdirkan untuk bertemu dengan Inara, seorang barista yang periang dan peramah. Walaupun kisah hidup Inara juga dipenuhi dengan liku-liku tersendiri, dia sentiasa kelihatan ceria dan berfikiran positif. 

Walau mereka kemudiannya terpisah jauh, Inara telah menjadi sumber inspirasi Hud untuk bangkit semula. Hud pula berjaya memotivasikan Inara untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang penulis. 

Bukan seperti cerita cinta remaja biasa, Fiy berjaya mengetengahkan mesej-mesej positif melalui kisah hidup watak-watak dalam novel ini. Walau bagaimanapun, saya berpendapat Fiy cuba memuatkan pelbagai kisah masyarakat dalam satu penulisan yang singkat.

Di samping tema utama yang berkaitan harapan dan keyakinan, penulis turut menyentuh topik seperti kesihatan mental, pemanduan ketika mabuk, penyakit genetik, penderaan kanak-kanak, konflik antara anak dan ibu bapa, persahabatan dan khidmat masyarakat.

Sepanjang membaca novel ini, beberapa kali jantung saya seperti mahu terhenti. Emosi saya dilambung-lambung seperti sedang menaiki roller coaster. Saya gembira Hud berjaya ‘pulang’ akhirnya. Dia tidak lagi kehilangan. Selalulah percaya bahawa “Ada harapan dalam ketidaksempurnaan selagi kita percaya.”

Selain Hud dan Inara, personaliti watak-watak sampingan turut mewarnai novel ini. Sejujurnya, saya lebih tertarik untuk mengetahui kisah lanjut tentang Kyle yang merupakan sepupu Inara dan juga pemilik kafe Our Time, salah satu latar tempat utama dalam novel ini.

Kyle pernah menjadi model, pemain besbol dan jurugambar sebelum mengusahakan kafe Our Time. Dia sering menekankan bahawa “our time is very limited” (masa kita sangat terhad).

Kyle seperti menyimpan suatu rahsia yang perlu didedahkan kepada pembaca. Fiy, bolehkah tulis sambungan novel ini tentang Kyle pula? - Getaran, 7 Mei 2021


 

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 tahun yang lalu

Iman Media Sedekad Perjuangkan Industri Buku

2

Budaya 4 tahun yang lalu

Telusuri Ajaibnya Kegelapan Kuala Lumpur Dalam 'KL Noir: Magic'

3

Budaya 4 tahun yang lalu

Ulasan Buku: Perempuan Dari Masa Lalu oleh Wafa Awla

4

Refleksi 4 tahun yang lalu

Merungkai Kisah Kasih Sayang Dari Al-Quran Dengan 'Love Stories From The Quran'

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden