web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Buku: Reach the Sweetness of Prayer

Menjelang Ramadan pasti ada yang berniat untuk memperbaiki amal ibadat, terutama sekali solat. Buku yang dikongsi minggu ini mungkin boleh membantu anda.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 9:34AM

Gambar: Instagram @tertibpress

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk buku: Reach the Sweetness of Prayer

Penulis: Moutasem Al-Hameedy

Halaman: 57

Penerbit: Tertib Publishing

Kenapa saya memilih buku ini?

Baiki kualiti solat sebagai persiapan Ramadan

Sebagai persiapan menghadapi Ramadan yang bakal tiba, beberapa orang rakan telah mencadangkan saya untuk membaca buku bertajuk Reach the Sweetness of Prayer (Bagaimana Mencapai Kemanisan Solat). Pelbagai maklum balas yang baik juga saya temui di laman-laman web dan media sosial tentang buku ini.

Kita semua mengetahui bahawa solat merupakan ibadah asas bagi umat Islam dan perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak. Oleh itu, amat penting untuk kita sentiasa berusaha memperbaiki kualiti solat kita.

Secara peribadi, saya berharap nasihat yang dikongsikan dalam buku ini dapat membantu saya untuk tidak lagi melengah-lengahkan solat atau menunaikan solat dengan tergesa-gesa, berasa berat, kosong dan tanpa apa-apa makna.

Buku ini tentang apa?

Khusyuk di luar dan dalam solat

Khusyuk sangat sinonim dengan kualiti solat. Namun, dalam buku ini penulis menekankan bahawa keadaan khusyuk, iaitu melakukan sesuatu dengan penuh kesedaran dan berhubungan rapat dengan Tuhan, sepatutnya kita amalkan dalam segala aktiviti harian.

Hal ini disebabkan kekhusyukan kita dalam solat sangat dipengaruhi oleh keadaan kita di luar waktu solat. Untuk mendapatkan khusyuk dalam solat yang hanya beberapa minit, kita haruslah memerhatikan perilaku kita sepanjang hari.

Antara persoalan yang boleh kita tanyakan pada diri sendiri termasuklah, “Adakah kita melakukan sesuatu perkara dalam keadaan sedar dan dengan sepenuh hati atau autopilot sahaja?”, “Adakah hati kita terhubung dengan Tuhan di luar solat?” dan “Apakah yang menghalang kita daripada khusyuk dalam solat?”

Buku ini merupakan himpunan syarahan pendek penulis yang disusun dalam dua bahagian.

Penulis merumuskan konsep-konsep penting tentang khusyuk dalam bahagian pertama dan mengetengahkan 28 tip yang boleh kita praktikkan untuk mencapai khusyuk dalam bahagian kedua.

Tip yang dikongsikan merangkumi pemikiran (mindset) sebelum solat, semasa mendengar azan, menghadap kiblat, sehinggalah pada setiap langkah dan bacaan dalam solat hingga selesai memberi salam dan berdoa.

Apakah pandangan saya tentang buku ini?

Panduan yang ringkas dan padat

Buku ini sangat ringkas dan padat, tidak terlalu teknikal serta tidak mempunyai penerangan yang mendalam. Buku bersaiz kecil ini sesuai untuk bacaan awam, mudah untuk dibawa ke mana-mana dan sesuai untuk dibaca berulang kali sebagai peringatan untuk berusaha merasai kemanisan solat.

Saya sarankan anda baca buku ini bersama keluarga atau rakan-rakan, terutamanya sepanjang Ramadan ini. Anda akan dapat menghabiskan buku ini sebelum Aidilfitri sekiranya anda merancang untuk membaca satu tip setiap hari.

Dapatkan buku ini di Tertib Publishing, rangkaian kedai buku seperti MPH, Popular dan Borders, kedai buku atas talian, mahupun kedai buku tempatan berhampiran anda. Buku ini juga boleh didapati dalam bentuk eBuku. - Getaran, 9 April 2021

… khushu’ is not in your hand. Khushu’ is a gift from Allah. If you really want to get it, you need to ask Allah …” (… khusyuk bukan terletak di tangan anda. Khusyuk ialah hadiah daripada Allah. Jika anda ingin mendapatkannya, anda perlu meminta kepada Allah …) – Moutasem Al-Hameedy

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Arwah Jaafar Onn Sering Ingatkan Mengenai Solat

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden