Berita Terkini

6 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2021 10:35AM

Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kecil lagi, saya telah didendangkan dengan lagu nyanyian penghibur terkenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang bertajuk ‘Chow Kit Road’ melalui pita kaset himpunan lagu beliau yang dibeli oleh abah saya untuk dipasang di dalam kereta pada setiap pagi ketika ingin menghantar saya ke sekolah. Lagu ini telah banyak memberikan saya gambaran awal mengenai situasi sebenar  keadaan ibu kota negara kita yang penuh dengan pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat sekali gus memberikan saya impian untuk menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada waktu itu.  

Apabila sudah meningkat usia remaja, lagu ‘Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur’ yang dinyanyikan oleh penyanyi asal iaitu Datuk Malek Ridzuan dan dipopularkan semula oleh kugiran indie rock yang dikenali sebagai Hujan telah memperkuatkan lagi azam saya untuk mengunjungi ibu kota ini untuk mencari pekerjaan di sana. 

Pada sekitar tahun 2018, saya telah berjaya menamatkan ijazah sarjana muda di salah sebuah universiti awam yang terkemuka di tanah air dan bercadang untuk mencari pekerjaan di ibu kota dengan berbekalkan segulung ijazah yang masih panas. Fresh from the oven kata ungkapan metafora Inggeris.

 Walaupun begitu, pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh saya untuk mendapatkan pekerjaan di ibu kota. Sebagai contoh, saya telah melalui beberapa siri temu duga namun begitu saya tidak berjaya untuk mendapat sebarang tawaran pekerjaan khusus di ibu kota yang juga merupakan lokaliti pilihan utama saya. Hal ini kerana wujudnya pelbagai jenis pengangkutan awam untuk memudahkan saya untuk sampai ke destinasi kerja kerana tidak memiliki sebarang kenderaan sendiri.

Penghujung tahun 2019, berbekalkan doa keluarga dan diiringi dengan muzik latar ‘Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur’ yang dimainkan menerusi aplikasi telefon bimbit semasa perjalanan bas saya dari Merlimau ke Terminal Bersepadu Selatan telah memberi semangat yang baru sebelum menghadiri temu duga yang diadakan di AnCasa Hotel Kuala Lumpur. Di sinilah bermulanya titik permulaan kerjaya saya kerana telah ditakdirkan berjaya dalam temu duga yang dijalankan dan telah ditempatkan di sebuah syarikat Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) di sekitar Lembah Klang sehingga ke hari ini. 

Jelaslah bahawa AnCasa Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock ini telah menjadi satu sejarah yang akan tersemat di sanubari saya sampai bila-bila kerana tempat ini merupakan permulaan bagi saya untuk mencari rezeki sendiri dan berbakti kepada kedua orang tua di kampung.

Gambar: Muhamad Ilham Nordin
Gambar: Muhamad Ilham Nordin

Saya juga telah diberikan kesempatan oleh pihak syarikat majikan untuk menyertai sebuah program larian pada sesi induction bersama staf yang lain sempena hari yang dikenali sebagai hari ‘KL Pagi Bebas Kenderaan’ yang diilhamkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekaligus memberikan peluang kepada saya untuk meneroka sebahagian kawasan ibu kota yang tidak pernah tidur ini dengan berjalan kaki secara berkumpulan di sekitar Masjid Jamek dan Dataran Merdeka yang diketahui banyak dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem dan siri televisyen. Kini saya telah berjaya menjejakkan kaki di lokasi ini dan dapat merasai setiap detik jalan cerita dengan mengimbau tayangan yang pernah saya tonton di kaca televisyen sebelum ini.  

Gambar: Muhamad Ilham Nordin
Gambar: Muhamad Ilham Nordin

Alhamdullilah, kini sudah lebih setahun saya berhijrah dan bekerja di sekitar Lembah Klang dan ibu kota Kuala Lumpur. Di samping itu, saya juga telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dalam melunaskan pembayaran zakat fitrah berdasarkan lokasi tempat saya mencari rezeki pada bulan Ramadan yang lalu sebagai satu langkah untuk menyucikan harta yang diperolehi di sini.

Jika dikenangkan semula, pelbagai cabaran dan pengorbanan perlu saya lalui di mana saya perlu meminjam sejumlah wang daripada ahli keluarga untuk mencari kerja dan membuat pembayaran pendahuluan sewaan rumah di kawasan yang baharu untuk saya.

Pengorbanan yang dilakukan ini persis kata peribahasa Melayu yang berbunyi, 'yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang.'  Sungguhpun begitu, saya juga bersyukur kerana telah dimudahkan urusan untuk bekerja di sini dengan wujudnya pelbagai kemudahan awam yang telah banyak membantu saya untuk menjalani kehidupan di ibu kota ini terutamanya dengan kemudahan Mass Rapid Transit (MRT) dan Light Rail Transit (LRT) dengan yuran pas bulanan perjalanan yang berpatutan serta kewujudan pengangkutan syarikat e-hailing juga telah membantu saya untuk berulang-alik ke tempat kerja walaupun tidak mempunyai sebarang kenderaan sendiri sehingga kini.  

Sebagai penutup wacana, saya ingin menyatakan hasrat agar ibu kota Kuala Lumpur ini sentiasa berkembang maju seiring dengan statusnya sebagai ibu negara bagi Negara Malaysia yang dicintai. Saya selaku penyumbang kepada populasi warga Kuala Lumpur ingin mengucapkan penghargaan dan ucapan terima kasih terutamanya kepada Kementerian Wilayah Persekutuan yang telah melaksanakan dasar-dasar dan perancangan yang teliti terhadap wilayah ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berjaya menguruskan bandaraya yang tersergam indah ini serta seluruh rakyat Malaysia yang menjadi pemacu kepada kejayaan Kuala Lumpur sehingga kini. 

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan dengan bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin’.     

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

33 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah 2024

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

4

Selera 1 bulan yang lalu

Warisan Citarasa Wilayah Persekutuan: 5 Restoran Merentas Zaman

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 21 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi