Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


4 Kesan Perbuatan Fitnah

Penyebaran berita atau maklumat yang tidak sahih amat membimbangkan kerana ia boleh merosakkan akhlak dan secara khususnya merosakkan sahsiah umat islam. 

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 10:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut kamus dewan bahasa (edisi keempat), fitnah merujuk kepada sebarang tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau sesuatu pihak yang membawa kepada porak-peranda.

Penyebaran berita atau maklumat yang tidak sahih amat membimbangkan kerana ia boleh merosakkan akhlak dan secara khususnya merosakkan sahsiah umat islam. 

Sama ada melalui kata-kata atau sebarang jenis komunikasi lain (seperti sistem pesanan ringkas, media sosial dan seumpamanya ), menyebar fitnah hukumnya jelas haram dan ditegah dalam Islam.

Ini kerana perbuatan tersebut dikecam dengan keras oleh Nabi SAW. Menerusi riwayat hadits Huzaifah RA:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).”

 [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]

Segmen Refleksi pada kali ini berkongsi empat kesan perbuatan fitnah.

Gambar: health.detik.com
Gambar: health.detik.com

Pembunuhan

Antara faktor yang menimbulkan sifat fitnah ini adalah akibat daripada perasaan cemburu terhadap seseorang. 

Perasaan ini sangat bahaya kerana ia boleh membawa kepada fitnah dan berakhir dengan pembunuhan.

Ini terbukti apabila kita imbas kembali peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan R.A menerusi perang saudara yang tercetus akibat fitnah yang disampaikan oleh pengkhianatnya Abd Allah ibn Saba’, iaitu seorang Yahudi berasal dari San’a’, Yaman.

Perpecahan Masyarakat

Perkara ini telah berlaku sejak sekian lama bahkan hingga zaman ini, masih kelihatan perpecahan masyarakat berlaku di sesetengah tempat. 

Ia berikutan individu yang menggunakan kaedah fitnah untuk menangani sesuatu perkara. 

Malah terdapat segelintir individu menggunakan kaedah tersebut untuk tujuan kepentingan peribadi. 

Secara tidak langsung, keruntuhan perpaduan masyarakat akan terjadi seterusnya mencetuskan lebih banyak lagi perselisihan antara penyokong fitnah dan yang mempertahankan kebenaran. 

Tanpa menjalani proses penyelidikan, perkara ini boleh meningkatkan lagi kepercayaan seseorang itu terhadap fitnah yang disebarkan. Di akhirnya, ia hanya akan merugikan umat islam itu sendiri. 

Daripada  Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda :

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِق

Maksudnya: “Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur.”

Riwayat Al-Bukhari (6477)

Buta Daripada Kebenaran

Perbuatan fitnah juga menjadikan diri seseorang itu sebagai pendusta. Ini disebabkan kesan daripada fitnah yang menjadikan mereka buta akan kebenaran demi menegakkan sesuatu perkara yang tidak sah. 

Jadi, perbuatan fitnah ini amat penting untuk dicegah dan dielakkan agar kita tidak menjadi mangsa pembohongan terhadap perkara yang tidak dilakukan. Seperti rujukan hadith daripada Ibn Hajar yang menyebut bahawa:

إِنَّ الفِتَنَ غَالِبًا إِنَّما تُنْشَأُ عَنِ التَّبْدِيْلِ وَالإِحْدَاثِ

Maksudnya: “Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka.”

 [Lihat: Fath al-Bari 27/3]

Menjadi Sahabat Syaitan

Seringkali kita diingatkan, dosa fitnah lebih besar daripada membunuh. Syaitan adalah makhluk Allah yang sangat sukakan manusia yang melakukan perkara ini dan ia menjadikan individu tersebut sebagai sahabatnya. 

Mungkin kita bukan manusia sempurna, namun setiap manusia perlulah bertaubat dengan segera dan tidak melakukan lagi perbuatan tersebut. 

Ia boleh memutuskan tali persaudaraan sesama manusia sebagaimana firman Allah SWT:

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.” 

[Surah al-Maidah: 91]

Oleh itu, jangan biarkan diri anda terjerumus dalam kancah fitnah ini. Ia boleh menjauhkan anda daripada agama dan menimbulkan kemudaratan yang lebih banyak lagi.

Jika anda difitnah, bersabar dan berdoalah kepada Allah supaya diberi kekuatan serta pertolongan daripadanya. - Getaran, 3 Jun 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

3

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 22 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran