web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Buku: Light For The Lost Soul (Volume 1)

Akhirnya terbit juga buku pertama Mizz Nina, seperti yang diceritakan oleh beliau dalam TARA isu 6 Mac lalu. Teruskan membaca ulasan buku ini oleh penyumbang kami.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 8:55AM

Gambar: Twitter @imanpublication

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk buku: Light for the Lost Soul (Volume 1): Seeking Contentment for the Troubled Heart

Penulis: Mizz Nina

Halaman: 270

Anda tidak perlu menjadi artis terkenal, cantik dan kaya untuk membaca buku Light for the Lost Soul oleh Mizz Nina, bekas artis terkenal antarabangsa yang kini bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan, dakwah dan pencarian ilmu.

Jilid pertama dalam trilogi ini diberi tajuk 'Seeking Contentment for the Troubled Heart.' Buku ini sangat relevan dengan kita semua kerana setiap dari kita pasti menginginkan ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar.

Buku ini bukanlah sebuah memoir seorang artis yang berhijrah. Saya dapati buku ini lebih kepada koleksi catatan peribadi perjalanan Mizz Nina dalam mencari cahaya Tuhan dan kedamaian.

Dalam buku ini, Mizz Nina memuatkan inspirasi dan panduan praktikal buat pembaca yang ingin memulakan atau telah pun berada dalam perjalanan yang sama, diselitkan dengan pengalaman peribadi dan puisi-puisi nukilan beliau sendiri.

Kesungguhan Mizz Nina dalam mencari dan berkongsi ilmu dapat dilihat daripada kupasan pengajaran daripada Al-Quran, pengajian dan pembacaan yang beliau kongsikan dalam buku ini.

Saya dapat mengagak bahawa kandungan buku ini sangat menarik apabila saya telah pun menanda dan membuat nota sebelum pembacaan saya sampai ke Bab 1 lagi.

Apa yang lebih menarik ialah pembaca berpeluang mengalami pembacaan yang lebih imersif dengan memuat turun aplikasi Qalby ke telefon pintar dan mengakses video, artikel dan e-journal yang meningkatkan pemahaman tentang topik yang dibincangkan dalam buku ini.

Terlalu banyak perkara penting yang perlu anda baca sendiri. Namun, tiga perkara yang dapat saya simpulkan adalah:

(1) realiti dunia ini hanya sementara dan syurgalah “rumah” sebenar kita

(2) perjalanan mencari cahaya Tuhan perlu dimulakan dengan hati yang tulus dan bersedia, tanpa berlengah-lengah

(3) kunci ketenangan hati adalah dengan kembali kepada Allah dan melepaskan keterikatan hati kita dengan perkara-perkara keduniaan yang melalaikan.

True happiness is found only in Allah. True happiness is only found in the contentment of the heart which is redha, and true contentment is only found with Allah.” – Mizz Nina

Mizz Nina turut berkongsi empat perkara yang sukar untuk beliau lepaskan – kebergantungan kepada manusia, ingin mendapatkan penerimaan di media sosial, fesyen dan sibuk mengisi masa lapang dengan hiburan. Kita mungkin pernah merasai cabaran sebegini juga.

Buku yang boleh dijadikan inspirasi dan pedoman buat jiwa-jiwa yang dahagakan ketenangan ini boleh didapati di mana-mana rangkaian kedai buku di seluruh negara seperti MPH, Popular dan Borders, pelbagai kedai buku atas talian, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung dari 19 Mac hingga 4 April 2021, mahupun kedai buku tempatan berhampiran anda. - Getaran, 26 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden