Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Kepentingan Kokurikulum Pada Peringkat Institusi Pengajian Tinggi

Mungkin sesetengah pelajar merasakan ia hanya membuang masa dan meletihkan namun mari lihat lima kepentingan kokurikulum pada peringkat institusi pengajian tinggi.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 2:47PM

Gambar: Goh Rhy Yan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kokurikulum adalah sebuah kegiatan yang wajib disertai oleh semua pelajar institusi pengajian tinggi. Ia telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Kokurikulum bertujuan memberikan kemahiran tambahan kepada mahasiswa selain daripada meningkatkan prestasi dalam bidang akademik. Terdapat pelbagai jenis kegiatan kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak universiti seperti sukan, persatuan, badan beruniform dan seumpamanya.

Mungkin sesetengah pelajar merasakan perkara ini hanya membuang masa dan meletihkan namun mari kita renungkan sebentar dan lihat lima kepentingan kokurikulum di universiti dalam segmen Refleksi kali ini.

Gambar: Pixabay, Pexels
Gambar: Pixabay, Pexels

Menyeimbangkan perkembangan rohani, jasmani dan emosi

Kebanyakan individu yang menyambung pengajian pada peringkat universiti adalah dalam kalangan usia awal 20-an hingga 30-an. Pada peringkat ini, perkembangan rohani, jasmani dan emosi (yang merujuk kepada proses akal fikiran, fizikal dan perasaan) sedang meningkat naik dan ia berjalan seiring antara satu sama lain. 

Terdapat pelbagai tekanan yang mungkin dialami semasa melanjutkan pengajian pada umur ini. Kokurikulum adalah salah satu platform yang sesuai untuk individu melepaskan tekanan dan mendapat keseronokan di luar sesi kuliah. 

Perkara ini mungkin dilihat biasa bagi sesetengah individu namun ia agak penting bagi mengelakkan gejala kemurungan dalam kalangan pelajar. Kemurungan boleh menyebabkan seseorang itu hilang motivasi dan mungkin memilih untuk berhenti belajar dalam tempoh yang singkat.

Gambar: Instagram @zareefzaharidan
Gambar: Instagram @zareefzaharidan

Mengukuhkan hubungan dan pergaulan

Pada peringkat pengajian tinggi, para individu biasanya berada dalam sebuah kelompok pelajar yang sangat besar jumlah bilangannya berbanding di sekolah. 

Kegiatan kokurikulum adalah tempat untuk individu berkenalan dan mengukuhkan hubungan bersama kenalan baharu. Tambahan pula, terdapat sesetengah pensyarah yang bersama-sama menjadi tenaga pengajar dalam aktiviti kokurikulum dan ia adalah peluang bagi merapatkan hubungan silaturahim bersama mereka. 

Gambar: Wan San Yip, Unsplash
Gambar: Wan San Yip, Unsplash

Meningkatkan minat dan bakat yang diceburi

Adalah penting untuk pelajar mempunyai minat dalam melaksanakan sesuatu perkara yang dilakukan. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dianjurkan buat mahasiswa untuk mereka menimbulkan minat dan menggilap bakat terhadap sesuatu perkara. 

Pembelajaran di dalam kuliah yang lebih berteraskan pada teori adalah sesuatu yang berbeza dengan aktiviti praktikal. Malah terdapat sesetengah aktiviti yang disertai oleh pelajar berpotensi tinggi sehingga menyertai kejohanan pada peringkat universiti dan dunia. Ini termasuklah pertandingan debat, seni persembahan dan macam-macam lagi. 

Aktiviti seperti ini boleh mempengaruhi keputusan akademik untuk membantu mahasiswa menjadi lebih berkaliber.

Gambar: Instagram @sevora_7
Gambar: Instagram @sevora_7

Meningkatkan disiplin dan kerjasama pelajar

Selain daripada menyihatkan minda dan tubuh badan, objektif kokurikulum adalah membina disiplin dan kerjasama di dalam kumpulan. 

Sungguhpun kadangkala ia memenatkan dan memakan masa, aktiviti yang dijalankan oleh pihak universiti ini bertujuan melatih dan membentuk keperibadian pelajar ketika berada di dalam dan di luar kampus. 

Tambahan pula, ia mendidik pelajar untuk menguruskan masa dengan baik dan bersatu padu dalam melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. 

Melahirkan pelajar yang serba boleh

Zaman kini, keputusan akademik yang baik selepas tamat pengajian pada peringkat universiti tidak menjamin tempat di dunia pekerjaan. 

Setiap universiti pasti mempunyai objektif yang sama iaitu melahirkan graduan yang berpotensi tinggi dan serba boleh. Kokurikulum merupakan salah satu perkara yang memberi impak yang besar terhadap graduan terutamanya yang baru menamatkan pengajian. 

Ia boleh menjadi bahan sokongan yang kuat untuk memperlihatkan potensi mereka semasa proses pencarian pekerjaan dan sedikit sebanyak menunjukkan kebolehan seseorang untuk kekal komited dalam sesuatu hal. 

Maka janganlah kita lihat aktiviti  kokurikulum sebagai satu beban untuk disertai pada peringkat  universiti. Ia boleh membantu membina kerjaya dan menjadikan anda seorang yang berkaliber pada masa hadapan. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN