Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 1 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 1 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 1 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 1 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Gantung Gambar Manusia, Apakah Hukumnya?

Menjawab persoalan gambar yang melibatkan manusia dan makhluk hidup lain menurut pandangan syarak.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 2:44PM

Gambar: Lefty Kasdaglis, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai masih keliru dengan hukum menggantung gambar yang memaparkan manusia atau hidupan lain di dinding kediaman mereka bagi tujuan perhiasan atau kenangan. 

Sering kali kita mendengar sesetengah golongan menyatakan perbuatan ini tidak boleh dilakukan kerana percaya ‘roh’ mereka masih ‘hidup’ di dalam foto atau gambar tersebut.

Ada juga yang berpendapat, gambar manusia itu tidak sama seperti hukum lukisan kerana ia bertujuan untuk perhiasan dan bukan untuk tujuan pemujaan.

Namun, apakah hukumnya menurut pandangan syarak?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggantungkan gambar ini berkait rapat dengan hukum melukis makhluk hidup. Para ulama berbeza pandangan tentangnya.

Terdapat sebahagian ulama yang mengharamkannya. Hal ini berdasarkan kepada situasi gambar di zaman Rasulullah SAW yang melarang ia mempunyai tiga ciri iaitu mempunyai roh (manusia dan haiwan), berniat untuk mengagungkan dan meniru perbuatan mencipta oleh Allah SWT.

(Rujuk: Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/670)

Namun, menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menukilkan pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani yang menyatakan pendapat yang tepat ialah sekiranya lukisan itu tidak mempunyai bentuk tubuh atau jisim yang sempurna serta bukan untuk dimuliakan, maka ia dibenarkan. 

(Rujuk: Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/674)

Jelas di sini melukis atau mengukir gambar makhluk hidup dengan tujuan penyembahan atau mengagungkannya adalah diharamkan kerana dikhuatiri menjadi bahan mensyirikkan Allah SWT seperti yang dilakukan oleh Arab Jahiliyyah. 

Gambar: William Bayreuther, Unsplash
Gambar: William Bayreuther, Unsplash

Kamera dan hukumnya

Mengambil gambar dengan menggunakan kamera ialah suatu proses membias bayang dengan cara yang khusus dan tertentu. 

Menurut Syeikh Ali al-Sayis, hukum bagi proses penggambaran matahari atau fotografi ini tidak sama seperti hukum lukisan. Ia bagaikan menangkap bayang, yang mana ia seperti apa yang terlihat atau terpapar di cermin. 

(Rujuk: Tafsir Ayat Ahkam, 4/58)

Hal ini kerana gambar fotografi terhasil daripada proses menangkap bayang atau membias cahaya dengan menggunakan alat iaitu kamera. 

Oleh kerana itu, terdapat sebahagian ulama mengharuskan perbuatan bergambar melalui proses fotografi ini dan tiada larangan menggantungkannya di kediaman masing-masing.

Perbuatan ini dibenarkan sekiranya gambar tersebut tidak menyebabkan fitnah seperti gambar yang tidak menutup aurat.

(Rujuk: Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/676)

Sebaliknya, pengharaman berkaitan lukisan (bukan fotografi) makhluk bernyawa itu disebabkan illahnya (sebab pengharamannya) mensyirikkan Allah SWT dan memuliakan makhluk tersebut. 

Perbuatan ini bertentangan dengan syariat Islam seperti hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina A’ishah RA berkenaan mereka yang melukis gambar-gambar golongan soleh dan pembesar mereka yang sudah mati dalam gereja di Habsyah. 

Imam Sana’ni menjelaskan di dalam kitabnya:

وَالظَّاهِرُ أَنَّ الْعِلَّةَ سَدُّ الذَّرِيعَةِ وَالْبَعْدُ عَنْ التَّشْبِيهِ بِعَبَدَةِ الْأَوْثَانِ الَّذِينَ يُعَظِّمُونَ الْجَمَادَاتِ الَّتِي لَا تَسْمَعُ وَلَا تَنْفَعُ وَلَا تَضُرُّ

Maksudnya: Dan jelas, sesungguhnya illahnya adalah bertujuan menutup pintu kerosakan dan menjauhi daripada menyerupai perbuatan penyembah berhala yang memuliakan benda-benda yang tidak hidup yang mana tidak boleh mendengar, memberi manfaat dan mudarat.

Kesimpulan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan menangkap gambar dengan menggunakan kamera ini bukan seperti perbuatan melukis, maka ia diharuskan. Sekiranya menggantung gambar tersebut untuk tujuan penyembahan atau mengagungkan, maka ia jatuh haram. 

Perbuatan menggantung gambar di dinding, sama ada memaparkan manusia atau tidak, jika bertujuan untuk perhiasan atau kenang-kenangan, maka ia dibenarkan dalam Islam. - Getaran, 29 Oktober 2021. 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Saya 'Block' Puteri Sarah Liyana, Sebab Saya Tidak Suka Bergaduh – Syamsul Yusof Dedah Dia Sering Dimaki Hamun 

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Berbekal Kenangan Dan Harapan, SJK(C) Mun Choong Melangkah Ke Hadapan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hanya 12,946 Rakyat Kelantan Daftar Derma Organ - Dr Izani

4

Filem & TV 6 bulan yang lalu

'Just Remembering' - Kisah Pahit Manis Kenangan Dan Cinta

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

oleh Wartawan Hiburan Getaran