Berita Terkini

15 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Bolehkah Suami 'Makan' Harta Isteri?

Isteri yang dibenarkan keluar bekerja oleh suami, adakah perlu pendapatannya diberikan bulat-bulat kepada suami atau ia hanya untuk kegunaan isteri semata-mata?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 3:54PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suami isteri bekerja adalah satu lumrah dalam masyarakat masa kini. Ini tentunya untuk memenuhi tuntutan keperluan hidup yang semakin hari semakin meningkat.

Adalah satu kebiasaan bagi seorang isteri yang bekerja akan menghulurkan bantuan dalam meringankan bebanan kewangan suami.

Namun begitu, seorang suami tidak seharusnya melepaskan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kepada keluarga.

Nafkah kepada isteri dan anak-anak masih merupakan satu tanggungjawab wajib yang mesti disediakan oleh suami.

Bagaimanapun, ini realiti yang berlaku di negara kita ketika ini. Ada suami yang makan hasil titik peluh atau harta isteri.

Persoalannya, isteri yang dibenarkan keluar bekerja oleh suami, adakah perlu pendapatannya diberikan bulat-bulat kepada suami atau hanya untuk kegunaan isteri semata-mata?

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainol Rijal Abu Bakar dalam satu program bual bicara menjelaskan harta isteri adalah hak isteri.

Jika harta suami, ia perlu dibahagi-bahagikan kepada isteri, anak-anak dan juga kepada orang lain. Suami boleh bertanya tentang kewangan isteri dengan tujuan untuk menasihatkan isteri supaya jangan boros. 

Tapi jika dia mahu isteri yang menyara keluarga, tindakan itu tidak betul.

“Tanggungjawab menyara keluarga adalah di pihak suami. Isteri boleh membantu jika dia reda. Buat perjanjian tentang bil-bil yang perlu dibayar oleh isteri. Kalau ada perjanjian di antara suami dan isteri, ia tidak menjadi kesalahan.

Dalam kes di mana isteri bergaji lebih besar, suami juga tidak boleh meminta isteri menanggung segala perbelanjaan rumah tangga. Jika seseorang suami menyerahkan tanggungjawab itu kepada isteri, ia boleh membuatkan keluarga menjadi porak-peranda,” ujar Zainol Rijal.

Hukum Islam juga jelas. Suami wajib menafkahkan kepada isteri sekalipun isteri tersebut seorang yang kaya atau berkerjaya. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّـهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah) sebahagian dari harta mereka. (Surah al-Nisa’: 34)

Ayat ini menunjukkan bahawa suamilah yang bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafkah. 

Begitu juga firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوف

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. (Surah al-Baqarah: 233)

Jadi, seandainya berlaku perceraian dan si isteri mahu menuntut balik semua perbelanjaan yang telah dibelanjakan sebelum ini, Zainol Rijal memberitahu perkara itu boleh dibawa ke Mahkamah Syariah jika si isteri boleh membuktikan dakwaannya. 

“Kalau isteri boleh buktikan, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah. Kalau ada black and white (bertulis), lebih bagus. Ataupun isteri pernah bercerita kepada orang lain tentang masalah terbabit,” jelas beliau.

Satu perkara yang semua orang perlu tahu ialah, suami yang 100% bertanggungjawab menyara keluarga. Biarpun suami telah meninggal dunia atau hilang upaya, tanggungjawab itu tidak akan berpindah kepada isteri. 

Sebaliknya, ia berpindah kepada bapa, atau adik-beradik lelaki sebelah suami. Jika bapa dan adik-beradik sebelah lelaki juga tidak mampu untuk menyara, pihak Baitulmal yang perlu memainkan peranan,” ujar beliau. - Getaran, 8 Oktober 2021

Semua gambar hiasan: Pexels

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harmoni Bincang Usaha Tingkat Kefahaman Pelbagai Agama

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Pelajar Cenderung Cederakan Diri, PKHEM Sekolah Didakwa Bersikap Melampau

4

Semasa 10 bulan yang lalu

JAKIM Tidak Terima Laporan Mengenai 'Projek Cinta' - Mohd Na'im

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Refleksi 10 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN