Berita Terkini

7 jam yang lalu: Pegawai polis yang terbunuh di Stadium Kanjuruhan dinaikan pangkat 7 jam yang lalu: Arab Saudi bakal anjur sukan musim sejuk Asia 2029 di Trojena 7 jam yang lalu: MIDA, HDC meterai MoU bagi perkasa kapasiti industri halal 7 jam yang lalu: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS 7 jam yang lalu: Polis Pahang lupus rokok tidak bercukai bernilai lebih RM2.8 juta

IKUTI KAMI


Hukum Meraikan Pesta Kuih Bulan Atau Pesta Tanglung

Adakah menjadi kesalahan kepada umat Islam jika meraikan pesta ini sehingga boleh memesongkan akidah? Jom kita ikuti apa kata mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai perkara ini.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 8:58AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perayaan Kuih Bulan atau Pesta Tanglung bukanlah sesuatu yang asing di negara ini. Perayaan yang diraikan pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina (akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September) ini cukup popular dalam kalendar pelancongan.

Sesuai dengan namanya, sepanjang tempoh perayaan ini kuih bulan menjadi hidangan istimewa dan ia sering dijadikan buah tangan kepada keluarga dan kenalan.

Kuih bulan diperbuat daripada adunan manis yang berintikan kacang merah, adunan biji teratai atau kuning telur masin. Menurut sejarah, kuih bulan dahulu digunakan untuk menghantar pesanan kepada pemberontak yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol. 

Kini, kuih bulan bukan hanya digemari masyarakat Cina, malah ia juga menjadi kesukaan pelbagai kaum. Rasanya yang unik dan istimewa membuatkan ramai yang ternanti-nantikannya saban tahun.

Dek populariti yang diraih, kuih bulan masa kini bukan sahaja terhad kepada perisa bunga teratai dan telur masin, tetapi sudah boleh didapati dalam pelbagai perisa moden seperti teh hijau, mocha, mentega kacang, keladi, caramel macchiato dan durian. 

Variasi kuih bulan yang menyelerakan ini sudah pasti akhirnya menarik minat umat Islam untuk menikmatinya. Mencari kuih bulan versi halal juga bukanlah satu isu, kerana ketika ini ia mudah didapati di pasaran.

Bagaimanapun, masih ada segelintir umat Islam yang masih ragu-ragu untuk menjamah kuih bulan. Bukan kerana isu halal, tetapi bimbang boleh memesongkan akidah memandangkan ia disediakan bagi meraikan perayaan masyarakat Cina.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita ambil tahu dahulu tentang perayaan yang berkaitan dengan Pesta Tanglung ini. Ia adalah pesta yang mula diadakan ketika zaman Dinasti Qin, iaitu jatuh pada bulan Yuan pada masa silam. Ia adalah malam pertama untuk melihat bulan penuh.

Disebabkan malam dikenali sebagai xiao dalam Bahasa Mandarin, maka festival tersebut dikenali sebagai Festival Yuan Xiao.

Jika diselidiki, terdapat banyak kisah di sebalik asal-usul Pesta Tanglung ini, dan salah satu daripadanya ialah terdapat hikayat menyatakan bahawa ia berkaitan tentang legenda dalam agama Buddha.

Menurut legenda itu, hari ke-15 bagi bulan pertama kalendar adalah hari di mana Sakyamuni telah menewaskan syaitan-syaitan. Untuk mengingati hari tersebut, tanglung dinyalakan.

Bagaimanapun, di Malaysia hari ini, Pesta Tanglung yang diraikan bersama Pesta Kuih Bulan telah menjadi aktiviti kebudayaan dan dimeriahkan dengan perarakan dan pelepasan tanglung beramai-ramai.

Ini berkaitan dengan kepercayaan orang Cina (Chinese folk religion) di mana mereka akan berdoa sambil memegang tanglung dan dibakar sebelum dilepaskan ke udara dengan harapan hajat mereka dimakbulkan tuhan.

Jadi adakah menjadi kesalahan kepada umat Islam jika meraikan pesta ini sehingga boleh memesongkan akidah?

Merujuk portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu artikel yang dimuat naik pada 5 Oktober 2017 menjelaskan tidak menjadi kesalahan untuk umat Islam meraikan Pesta Tanglung mahupun Pesta Kuih Bulan.

Ini kerana sambutan perayaan atau pesta ini pada ketika ini lebih kepada acara kekeluargaan, bukan lagi kepercayaan masyarakat Cina.

Berikut adalah petikan kenyataan yang ditulis oleh Datuk Dr. Zulkifli berhubung isu ini:

“Setelah meneliti beberapa sisi sejarah, mitos serta falsafah Pesta Tanglung ini, kami berpandangan ianya adalah harus dan dibenarkan di sisi Islam. Ini berdasarkan beberapa kaedah fiqh:

الحُكْمُ يَدُورُ مَعَ عِلَّتِهِ وُجُودًا وَعَدَمًا

Maksudnya: "Sesuatu hukum berlegar bersama-sama illahnya ketika ia ada dan tiada."

Di sini, ‘illah pengharamannya iaitu unsur-unsur aqidah dan kepercayaan masyarakat Cina telah terhapus pada masa sekarang ini. Ia lebih dilihat sebagai festival kekeluargaan dan kegembiraan semata-mata. Maka, ianya bukan lagi boleh dikategorikan sebagai sebuah perayaan keagamaan. Selain itu, sejarah dan mitos yang kabur dan bercampur aduk ini menyebabkan ianya tidak boleh dihukum dengan tetap sebagai sebuah perayaan keagamaan. Kami lebih melihatnya sebagai pesta kebudayaan.

Selain itu, ada kaedah menyatakan:

لا يُنْكَرُ تغيّرُ الأحكامِ بتغيُّرِ الأزمانِ

Maksudnya: “Tidak dapat diingkari bahawa hukum akan selalu berubah dengan sebab perubahan waktu dan tempat.”

Kesimpulannya, tidaklah menjadi kesalahan untuk umat Islam menikmati kuih bulan sepanjang tempoh pesta ini berlangsung, sekalipun ia seolah-olah meraikan hari istimewa masyarakat Cina ini.

Ia sama sekali tidak menjejaskan akidah. Namun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kuih bulan itu diperbuat daripada bahan-bahan halal sebelum menjamahnya. - Getaran, 10 September 2021

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/

Gambar: Huong Ho, Unsplash, Robert Metz, Unsplash dan Alexa Soh, Unsplash

Berita Berkaitan

1

TARA 2 minggu yang lalu

Pusat Peranginan Terbaharu Tawar Pemandangan Mempesona Selat Melaka dan Pulau Pangkor

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Jom Terokai Taipei Bersama Yana Samsudin! 

3

TARA 1 bulan yang lalu

Hong Kong Peak Tram Beroperasi Kembali Dengan Wajah Baharu

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

PPj Sasar 120,000 Pengunjung Cruise Tasik Putrajaya Menjelang Hujung Tahun

Sorotan

1

Kandungan Sumbang: Pelakon Zul Ariffin Didenda RM30,000

2

Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di Space Needle, Seattle

3

‘Saya Akan Sekolahkan Kamu, Harap Guan Eng Tak Kecut’ - Saravanan

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

'Lengkong Kering' Kembali Popular, Jana Pendapatan Suri Rumah

Selera 12 jam yang lalu

Jenama Makanan Sihat Anjurkan Jualan Amal Bagi Meraikan Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Pengunjung berpeluang untuk membeli lukisan yang akan dilelong secara dalam talian di mana hasilnya akan disalurkan kepada organisasi yang dipilih.

oleh Rahayu MN

Gaya 7 jam yang lalu

Unsur Seram Sinematik Penuh Ikonik, Cetusan Fesyen Terkini Levi’s Musim Luruh 2022

Bagi meraikan koleksi fesyen Musim Luruh 2022, Levi’s telah mengeluarkan koleksi fesyen yang dicetuskan daripada filem 'Frankenstein' (1931), 'The Bride of Fran...

oleh Ellyna Ali