Berita Terkini

6 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 7 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 7 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 7 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 7 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


MB Pahang Dahului Saingan Naib Presiden UMNO

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 4:53PM

Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului saingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu, petang ini.

Berdasarkan paparan keputusan yang disiarkan secara langsung, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu telah meraih empat undi, setakat jam 3.30 petang tadi.

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

Penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya meraih tiga undi, manakala Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menerima dua undi, setakat ini.

Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan penyandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, masing-masing meraih satu undi.

 Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani

Turut bersaing merebut jawatan Naib Presiden UMNO adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan ahli UMNO Iskandar Puteri, Dr Mohd Yusof Musa.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu setakat ini, belum meraih sebarang undi pada pemilihan parti itu.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lepas.

Pemilihan UMNO berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT). - Getaran, 18 Mac 2023.

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dari Penyayang Kepada Kejam, Sikap Berubah Kerana Pencetus Tertentu - Pakar

oleh Sofian Baharom

Semasa 19 jam yang lalu

Sudsidi Bersasar, Harga Barangan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Bangunkan Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama - Raja Muda Perlis

Semasa 12 jam yang lalu

Penguatkuasa Kasari Warga Emas, 9 Saksi Dipanggil

oleh Aiman Sadiq