web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terserah Kepada Majlis Tertinggi BERSATU Tentukan Kedudukan Presiden - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 2:25PM

Muhyiddin Yassin berkata, beliau dipilih sebagai Presiden BERSATU dan tidak dilantik seperti mantan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk memutuskan status jawatan Presidennya, selepas beliau didakwa atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Pada sidang media ringkas di kompleks mahkamah di sini, Muhyiddin berkata, beliau dipilih sebagai Presiden BERSATU dan tidak dilantik seperti mantan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

“Saya akan menyerahkan perkara kedudukan saya kepada majlis tertinggi parti untuk diputuskan kerana saya adalah presiden parti yang dipilih. Saya akan akur dengan apa sahaja keputusan dibuat majlis tertinggi,” katanya.

Wan Saiful meletak jawatan daripada parti itu, selepas didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah bulan lalu.

Pada 21 Februari, Wan Saiful didakwa meminta rasuah dan menerima RM6.9 juta kerana membantu firma swasta mendapatkan kontrak kerajaan bernilai RM232 juta.

Timbalan Ketua BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah, iaitu meminta rasuah dan didakwa menerima RM500,000 daripada sebuah syarikat.

Awal hari ini, Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan berhubung empat pertuduhan salah guna kuasa berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan menerima dana haram RM195 juta.

Muhyiddin mengulangi bahawa pertuduhan terhadapnya itu adalah ‘penganiayaan politik’, bertujuan memburukkan reputasi beliau dan partinya.

Beliau turut menafikan ada menyalahgunakan dana daripada inisiatif Jana Wibawa atau meluluskan pengecualian cukai untuk Yayasan Al-Bukhary.

“Saya sekali lagi menafikan dakwaan bahawa wang daripada Jana Wibawa, bertujuan untuk menyelamatkan kontraktor Bumiputera, disalahgunakan oleh saya.

“Saya juga menafikan bahawa saya menyalahgunakan kedudukan saya untuk memerintahkan pengecualian cukai untuk Yayasan Albukhary. Kelulusan untuk perkara sebegini dilakukan sepenuhnya Kementerian Kewangan.

“Saya tidak pernah melanggar undang-undang. Saya berpegang pada prinsip saya. Ini adalah harga perlu saya bayar. Saya akan menjalani hari saya di mahkamah dan menyerahkan kepada Allah untuk menunjukkan keadilan,” katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata, perkara berhubung pengecualian cukai itu dimajukan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan sewajarnya dan keputusan dibuat selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian itu semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018. – The Vibes, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran