web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sidang Parlimen Pertama Kerajaan Perpaduan: Keabsahan Pelantikan Anwar Ditentukan Hari Ini

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 7:03AM

Persidangan Dewan Rakyat Ke-15 hari ini adalah yang pertama diadakan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keabsahan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10, bakal dibuktikan hari ini apabila usul undi percaya berhubung perkara itu dibentangkan pada Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung bermula 10 pagi.

Ia adalah agenda utama persidangan Dewan Rakyat Ke-15 yang juga pertama kali diadakan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar, selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Keputusan membentangkan usul undi percaya itu ditetapkan Anwar bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik dan penafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan.

Usul undi percaya itu juga bertujuan membuktikan Anwar memperoleh sokongan Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, usul undi percaya terhadap kepimpinan Anwar berada pada nombor lapan urusan persidangan.

Selain usul undi percaya itu, Dewan Rakyat pada kali ini akan menyaksikan beberapa agenda lain, termasuk pemilihan Yang Dipertuanya dan timbalan, selain acara mengangkat sumpah 222 Ahli Parlimen.

Ramai menjangkakan keabsahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak tergugat dan diperkukuhkan lagi dengan Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerjasama dimeterai antara Anwar dan parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan itu pada Jumaat lalu - Gambar Fail
Ramai menjangkakan keabsahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak tergugat dan diperkukuhkan lagi dengan Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerjasama dimeterai antara Anwar dan parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan itu pada Jumaat lalu - Gambar Fail

Bagaimanapun, ramai menjangkakan keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak tergugat susulan memperoleh 148 sokongan Ahli Parlimen daripada parti politik yang bergabung untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Ia diperkukuh dengan Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerjasama dimeterai antara Anwar dan parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan itu pada Jumaat lalu.

Semua gabungan politik berkenaan diwakili pemimpin tertinggi masing-masing, iaitu Anwar sebagai Pengerusi PH; Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kandungan perjanjian itu bukan sahaja bagi menjamin kestabilan politik dan memacu ekonomi negara, tetapi juga menegaskan sebarang kegagalan Ahli Parlimen dalam gabungan Kerajaan Perpaduan mengundi atau menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan atau sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan, dikira meletak jawatan.

Manakala, pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya akan dilakukan pada persidangan itu selepas Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 2 Disember lalu, dilapor mengosongkan kedudukannya untuk jawatan berkenaan sebelum Parlimen bersidang.

Anwar pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet pertama 5 Disember lalu berkata, persidangan Parlimen pertama itu juga akan membentang dan meluluskan peruntukan khas atau mini bajet bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam bagi Januari.

Anwar berkata, persidangan Parlimen pertama itu juga akan membentang dan meluluskan peruntukan khas atau mini bajet bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam bagi Januari - Gambar Fail
Anwar berkata, persidangan Parlimen pertama itu juga akan membentang dan meluluskan peruntukan khas atau mini bajet bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam bagi Januari - Gambar Fail

Pada 24 November lalu, Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Ia susulan baginda memberi perkenan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, selepas tiada mana-mana gabungan memperoleh majoriti mudah pada PRU-15 untuk membentuk kerajaan.

Perkenan itu diberikan selepas Yang di-Pertuan Agong mengadakan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mengenai proses melantik Perdana Menteri.

Anwar seterusnya mengumumkan barisan 28 menteri pada 3 Disember lalu, selepas lapan hari menjadi Perdana Menteri.

Manakala, pada 9 Disember lalu, beliau mengumumkan nama 27 timbalan menteri, sekali gus melengkapkan senarai anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 14 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran