Berita Terkini

4 jam yang lalu: PM Anwar umum 2 TPM dalam kabinet kerajaan perpaduan 4 jam yang lalu: Kabinet: Fadhlina Sidek terajui Kementerian Pendidikan 4 jam yang lalu: Kabinet: Fahmi Fadzil dilantik Menteri Komunikasi dan Digital 4 jam yang lalu: Kabinet: Nga Kor Ming dilantik Menteri Pembangunan, Kerajaan Tempatan 4 jam yang lalu: Kabinet : Ahmad Zahid dilantik TPM dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

IKUTI KAMI


BN Cuba Tiru Manifesto PN, Bukti Usaha Perjuang Isu Kerakyatan Perkara Murni

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Nov 2022 9:22PM

Hamzah Zainudin dalam sebuah sidang media selepas Sesi Taklimat Persediaan Banjir dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR- Barisan Nasional (BN) didakwa cuba meniru manifesto Perikatan Nasional (PN) apabila berjanji akan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan anak kepada wanita warga tempatan yang lahir di luar negara, diberi kerakyatan Malaysia.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu jelas terbukti kerana ia tidak pernah diperjuang oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selama ini. 

“Sekiranya saya menang dan bersama dalam kabinet, kita nak pastikan isu ini akan selesai. Tangan saya terikat atas undang-undang sedia ada mengikut Perlembagaan (Persekutuan). Bukan saya tak simpati dengan isu ini namun saya tak boleh buat apa-apa.

“Ahmad Zahid telah jadi Menteri Dalam Negeri terlalu lama dan pilihan raya umum (PRU) terakhir, kenapa tak boleh letak benda itu dalam manifesto? Ia menunjukkan dia cuba tiru apa kami dah lakukan dan letak dalam manifesto BN,” katanya ketika ditemui media pada sesi taklimat persediaan banjir dan PRU-15 di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Hamzah berkata, tindakan BN itu jelas membuktikan usaha PN menyelesaikan isu kerakyatan mendapat respon baik hingga mendorong ia dimasukkan sebagai perincian manifesto gabungan politik lain.

“Saya mengharapkan semua bukan sahaja BN, malah semua gabungan politik akan ikut sama seperti PN yang telah mengumumkan perkara itu dan jelas (bahawa) konflik terbabit boleh diselesaikan lebih awal sekiranya semua bersama,” katanya.

Terdahulu, BN mengumumkan bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan wanita tempatan di luar negara kerana berkahwin dengan warganegara asing.

Tawaran di bawah Perancangan Amal dan Usaha BN (PADU) itu dibuat Ahmad Zahid yang berkata, ia atas kesedaran bahawa patriotisme dan nilai sayangkan negara hadir daripada kerencaman dan keterangkuman.

Dalam perkembangan lain Hamzah berkata, orang ramai tidak pernah dihalang untuk membeli data pengundi yang boleh didapati daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jelas calon PN Parlimen Larut itu, data senarai pemilih SPR tidak akan memaparkan semua maklumat pengundi.

Hamzah Zainudin menjelaskan bahawa data senarai pemilih SPR tidak akan memaparkan semua maklumat pengundi
Hamzah Zainudin menjelaskan bahawa data senarai pemilih SPR tidak akan memaparkan semua maklumat pengundi

“Saya nak maklumkan kertas nama pengundi ini memang boleh dibeli daripada SPR, nak beli daripada sindiket buat apa? Cuma, jika dibeli melalui pihak berkenaan, memang tiada nombor telefon yang dipaparkan, itu maklumat sulit. Mungkin pihak ini sengaja meletakkan nombor telefon sesiapa sahaja.

“Kalau dia melakukan kesalahan dengan mencuri maklumat data, ini tak boleh. Ia dah dikira menceroboh maklumat individu. Setakat ini kita semua faham dan tahu daripada dulu lagi siapa pun boleh membeli senarai pengundi daripada SPR yang mana ia mengikut kawasan tertentu.

“Namun, kalau ada orang maklumkan nak jual berserta nombor telefon, lebih baik anda semak dahulu kerana berkemungkinan nombor tak sama dengan identiti pengundi,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 800,000 data pengguna didakwa diperoleh daripada sistem MySPR dan dijual pada harga RM9,401 di pangkalan data terkenal.

Berdasarkan laporan di laman web lowyat.net, difahamkan ada pangkalan data itu yang memiliki gambar swafoto dan MyKad menggunakan sistem elektronik Kenali-Pelanggan-Anda (e-KYC).

Sementara itu, Hamzah berkata, KDN belum menerima sebarang laporan berkenaan dakwaan anggota tentera yang terbabit dengan pengundian di Bera, Pahang dan dibayar RM300 kepada SPR.

"Sebaik sahaja laporan polis diterima, siasatan serta kajian terperinci akan dilakukan namun setakat ini kita tidak menerima langsung laporan berkenaan isu terbabit," katanya. - Getaran, 13 November 2022

Sorotan

1

Permintaan Pasaran, Ruang Kilang Lebih Luas Sokong Operasi Micron Di Malaysia

2

Kerajaan Selangor Harap Laluan ECRL Ditambah Ke Bahagian Selatan Negeri

3

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Amaran Hujan Berterusan Di Kebanyakan Negeri Di Semenanjung Sehingga Esok

Semasa 18 jam yang lalu

Senarai Kabinet Hampir Muktamad, PM Menghadap Agong Pagi Ini

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

11 Mangsa Terjejas Banjir Kilat

Semasa 1 hari yang lalu

Klip Video Bendera Malaysia-Israel Dikibar Bersama, Polis Buka Kertas Siasatan

oleh Wartawan Getaran