web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: ‘Mengikat Yang Lama, Memikat Yang Baharu’, ‘Tagline’ BN Terengganu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Barisan Nasional (BN) Terengganu memperkenalkan ‘tagline’ atau slogan ‘mengikat yang lama, memikat yang baharu’ pada pentas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said berkata ‘tagline’ itu adalah asas kepada misi pada PRU kali ini bagi memastikan pengundi-pengundi lama kekal menyokong UMNO dan BN selain menarik sokongan daripada golongan muda.

“Perkara ini perlu kerana kita tahu, kalau di Kemaman ini, hampir 30,000 pengundi yang pertama kali mengundi.

“Jadi kita harap mereka memahami perjuangan UMNO dan BN dalam membela rakyat selama ini.

“Apa yang kita perlukan hari ini adalah sebuah kerajaan yang stabil... kalau keadaan tidak stabil, pelabur tidak datang, tiada peluang pekerjaan.

“Ini beri kesan kepada golongan muda, jadi mereka perlu faham bahawa mereka perlu menyokong sebuah kerajaan yang stabil,” kata Ahmad yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Kemaman.

Beliau berkata kepada Bernama selepas beramah mesra bersama warga penduduk setempat di Pasar Binjai dekat sini hari ini.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata berdasarkan rekod, hanya BN sahaja yang mampu mentadbir negara sebaik mungkin.

“Sebab itu kita tidak keluarkan janji-janji bombastik sebab kita berasas pada pengalaman, kewangan negara yang ada, dan kemampuan kita ... sebab kita rancang (pembangunan) Malaysia lima tahun, lima tahun dan seterusnya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tahap ‘agresif’ kempen BN pada PRU ini, Ahmad berkata kempen akan dilaksanakan secara sederhana.

“Kita akan berjumpa masyarakat seperti program hari ini, malam kita buat ceramah dan sebagainya.

“Itu sahaja kerana UMNO dan BN dah memerintah lebih 60 tahun lebih, boleh lihat rekod prestasi kita. Cuma kita minta (pengundi) jangan terpengaruh (dengan muslihat dan manifesto politik),” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November ini sebagai tarikh mengundi dengan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran