Berita Terkini

7 jam yang lalu: Kos pilihan raya yang akan diadakan di 6 negeri secara serentak lebih kurang RM450 juta - Pengerusi SPR 7 jam yang lalu: PRU-15 : Calon PN Azman Nasrudin menang kerusi Parlimen Padang Serai - Pegawai Pengurus 8 jam yang lalu: PRU15 : Calon BN Mohd Johari menang kerusi DUN Tioman - Pegawai Pengurus 10 jam yang lalu: Jambatan Pulau Pinang ditutup Ahad ini 10 jam yang lalu: Calon-calon Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat - PM

IKUTI KAMI


PRU-15: Sungai Buloh Pertarungan Paling Sengit Dalam Karier Politik Saya - Khairy

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 4:37PM

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P107 Sungai Buloh Khairy Jamaluddin (tengah) beramah mesra bersama para penyokong yang hadir pada hari penamaan calon hari ini di Pusat Penamaan Calon di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling sempena Pilihan Raya Umum ke-15 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau berdepan pertarungan paling sengit dalam karier politiknya menghadapi pertandingan tujuh penjuru bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Bagaimanapun, wakil rakyat Rembau selama tiga penggal itu berkata beliau tidak menganggapnya sebagai satu kelemahan tetapi sebagai cabaran untuk membawa perjuangan Barisan Nasional (BN) ke kawasan bandar.

“Saya menang tiga pilihan raya berturut-turut di Rembau, sekarang saya bertanding di kawasan yang kami kalah tiga pilihan raya berturut-turut. Tetapi saya menyahut cabaran dan berharap penduduk Sungai Buloh akan memberi peluang kepada saya.

“Saya berharap dapat berkhidmat kepada rakyat Sungai Buloh dan juga berharap masyarakat Sungai Buloh dapat membantu saya berkhidmat untuk negara,” katanya kepada pemberita selepas mengemukakan pencalonannya di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling di sini.

Ditanya mengenai spekulasi ia boleh menamatkan karier politiknya sekiranya beliau kalah, Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ berkata: “Saya belum bersedia untuk bersara.”

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan penyandang tiga penggal Sungai Buloh, R. Sivarasa bahawa undi kepada Khairy bermakna undi kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Khairy berkata "satu undi kepada KJ di Sungai Buloh adalah undi kepada KJ." 

“Naratif ini mesti dijelaskan sekarang juga, calon Perdana Menteri BN adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Saya akan mendukung beliau sebagai calon Perdana Menteri seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid sendiri, tiada kekeliruan di situ,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH) Datuk R. Ramanan dalam usaha PKR untuk mengekalkan kerusi itu bagi kali keempat berturut-turut dan turut berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Ghazali Md Hamin dari PAS.

Calon lain yang bertanding ialah Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang) manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Ahmad Jufliz Faiza serta dua calon Bebas - Nurhaslinda Basri dan Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff, yang mencuri tumpuan apabila hadir memakai but kuning seperti sinonim dalam siri televisyen popular di Singapura dan Malaysia, Phua Chu Kang.

Pada 2018, Sivarasa dari PKR memenangi kerusi itu dengan majoriti 26,634 undi. Penyandang itu tidak mempertahankan kerusi berkenaan berikutan masalah kesihatan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Jusni Hashim berkata Parlimen Sungai Buloh mempunyai 158,090 pengundi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 9 jam yang lalu

BN Menang Kerusi DUN Tioman

2

Semasa 14 jam yang lalu

Tengku Zafrul, 2 Lagi Dipanggil SPRM Bantu Siasatan Isu Dana RM600 Bilion

3

Politik 21 jam yang lalu

Tinjauan: Pengundi Mahu BN Bekerjasama Dengan PH Atau PN Selepas PRU-15

4

Politik 23 jam yang lalu

Belajar Daripada Kekalahan BN Sebelum Mahu Adakan PRN

Sorotan

1

Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen, RON95 dan Diesel Kekal

2

Jawa Barat: 3 Anggota Polis Cedera Angkara Pengebom Bunuh Diri

3

Majalah TIME Namakan Michelle Yeoh Sebagai ‘Icon Of The Year’

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Gabungan BN-PN Sudah Tidak Lagi Relevan, Anwar Wajar Diberi Peluang

oleh Izwan Ramlan

Semasa 1 hari yang lalu

Padang Serai Diramal Cerah, Tioman Hujan Pagi Esok - MetMalaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Ejen Hartanah Rugi RM7.8 Juta, Duit ‘Disonglap’ Macau Scam

oleh Fitri Nizam

Semasa 1 hari yang lalu

Adik Perempuan Dakwa Emilia Telah Dipukul Sejak 2011