Berita Terkini

16 minit yang lalu: TNB Melaka tebat pencawang elak dinaiki air ketika banjir 2 jam yang lalu: Turkiye, Indonesia, Malaysia antara 20 pengeksport ekonomi halal terbaik 2 jam yang lalu: JPS keluar notis kesiapsiagaan banjir kilat di 3 negeri di Pulau Pinang, Perak dan Johor 2 jam yang lalu: Komponen sistem PIES disambar petir punca gangguan LRT Kelana Jaya 2 jam yang lalu: Dua lelaki termasuk warga emas cedera selepas tabung NGV meletup di Johor

IKUTI KAMI


PRU-15: PN Dijangka Lancar Manifesto Di Kuala Lumpur Esok - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 2:29PM

Muhyiddin Yassin membacakan doa selepas proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Pagoh, hari ini. - Gambar dari Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAGOH - Ekonomi, alam sekitar, pendidikan dan wanita adalah antara yang akan dititikberatkan dalam manifesto Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum  ke-15 (PRU-15) yang dijangka dilancarkan di Kuala Lumpur, esok.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu kini sedang memperincikan semua perkara yang disifatkan penting untuk diambil kira supaya boleh dilaksanakan dan ditunaikan untuk rakyat manakala aspek lain yang akan dilihat ialah isu sosial, alam sekitar dan lain-lain perkara. 

“Saya nak menyatakan bahawa kami tidak mahu berjanji. Kami akan usahakan dan laksanakan sepenuhnya apa yang kami janjikan dalam manifesto.

“Ini akan kami maklumkan dan berharap ia mendapat tarikan pengundi di seluruh negara,” kata beliau kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh di sini hari ini.

Mengakui pernah dinasihati untuk berpindah ke kawasan Parlimen lain, penyandang kerusi Pagoh itu enggan berbuat demikian dan menyatakan ini merupakan kali ke-11 beliau bertanding di kerusi itu semenjak 1978 dan gelanggang terakhirnya dalam PRU.

“Pagoh dan masyarakatnya ada tempat istimewa di hati saya. Dalam sejarah politik saya selama lebih 40 tahun, saya tidak pernah berpindah ke kawasan Parlimen lain.

“Saya setia memberi khidmat kepada masyarakat di Pagoh dan pengundi di Pagoh juga sentiasa setia memberi sokongan kepada saya pada setiap kali pilihan raya. Terima kasih,” kata beliau lagi.

Muhyiddin, yang juga Presiden BERSATU itu berkata PN, yang dipimpinnya turut menawarkan sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil untuk semua rakyat. 

Beliau akan menghadapi pertandingan tiga penjuru, bertemu calon Barisan Nasional iaitu bekas Ahli Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim dan calon Pakatan Harapan dari PKR Iskandar Shah Abdul Rahman.

Terdahulu, pemimpin PN kelahiran Muar itu menjadi calon pertama yang menghantar borang pencalonan pada 9.03 pagi, diikuti Iskandar Shah, lima minit kemudian dan Razali pada 9.12 pagi.

Kira-kira 1,000 penyokong parti yang bertanding telah berkumpul di pekarangan kompleks itu sejak 9 pagi.

Muhyiddin, 75, memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada PRU lepas dengan majoriti 6,927 undi, sekali gus menewaskan calon PAS Ahmad Nawfal Mahfodz dan calon BN Ismail Mohamed. - Bernama
 

Sorotan

1

Nurul Izzah Positif COVID-19, Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Majlis Kesyukuran

2

Indra, Zii Jia Berpisah

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

ADUN Banting Nafi DAP Parti Anti-Islam, Melayu

oleh Aiman Sadiq

Semasa 12 jam yang lalu

152 ‘Bookie’ Ditahan Dalam Op Soga Piala Dunia 2022

oleh Fitri Nizam

Sukan 1 hari yang lalu

MS Puas Hati Prestasi Skuad Terjun Negara Di GP Malaysia

Politik 20 jam yang lalu

Penolakan Kerjasama BN-PH Hanya Untuk PRU-15, Bukan Selepasnya - Ahmad Zahid

oleh Sofian Baharom