Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Saya Tolak Tawaran Lain, Kekal Bersama UMNO - Annuar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 3:19PM

Annuar Musa mengakui telah menolak tawaran beberapa parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN) yang ingin mencalonkannya di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Penyandang kerusi Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa, yang tidak dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi itu, mengakui telah menolak tawaran beberapa parti lain termasuk Perikatan Nasional (PN) yang ingin mencalonkannya di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Annuar yang juga Ketua UMNO Ketereh berkata beliau juga mengetahui bahawa calon PN Mejar Jen (B) Datuk Khlir Mohd Nor yang telah diumumkan untuk bertanding di kerusi tersebut masih belum menerima watikah pelantikan kerana tawaran bertanding di kerusi itu telah diberikan kepadanya.

“Tak payah selindunglah, bukan nak berahsia pun tetapi memang sampai saat ini begitulah. Tetapi Khlir pun kawan saya, kenapa saya nak potong rezeki dia? Jadi saya beritahu kepada kawan-kawan serta parti yang nak bawa saya, jangan bergaduh sesama mereka, cukuplah UMNO bergaduh sesama UMNO kerana saya.

"Tak naklah saya begitu jadi nanti akhirnya saya menyebabkan banyak orang susah, lebih baik saya susah seorang,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Calon-Calon PRU15 BN Kelantan, di sini hari ini.

Annuar berkata beliau menolak tawaran yang diberikan kerana mempunyai prinsip untuk kekal bersama UMNO.

“Ada yang berkata esok masih ada lagi, boleh buat kejutan. Pada saya ini soal prinsip dan pegangan. Saya berterus-terang kalau ajak masuk parti lain, saya tak boleh, bukan benci parti lain tetapi memang pegangan saya begitu,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata beliau akan membantu calon BN Parlimen Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin, untuk mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15.

Sebagai ‘orang lama’ UMNO Bahagian Ketereh, beliau bersedia untuk berkorban untuk Marzuani kerana ibu bapa calon muka baharu itu merupakan tulang belakangnya sepanjang berkhidmat di kawasan Parlimen itu.

“Sejak arwah ayah dia (Marzuani) masih hidup dia telah menyokong saya, malah ibunya juga sehingga kini menjadi penyokong saya, kadang-kadang ibunya masak makanan pun hantar ke rumah saya.

“Orang-orang ini pernah berkorban untuk saya, jadi bila tiba giliran mereka (Marzuani) saya perlu berkorban sedikit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

2

Politik 9 bulan yang lalu

Annuar Sah Ahli PAS

3

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

4

Politik 10 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia