Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Guna Tiket PN, Shahidan Sah Bertanding Di Arau, Ismail Ke Maran

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 9:10AM

Dr Shahidan Kassim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) atas tiket Perikatan Nasional (PN), kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Abdul Hadi turut mengumumkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib akan mempertahankan kerusi Parlimen Maran di Pahang, juga atas tiket PN.

Shahidan dan Ismail telah digugurkan sebagai calon oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Ceramah Perdana Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu PRU-15, mengumumkan dua bakal calon baharu mewakili PN bagi kerusi Parlimen di negeri itu.

Mereka adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Dr Alias Razak yang akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus dan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh di Parlimen Besut.

Ahmad Samsuri turut mengumumkan lima penyandang daripada PAS bakal mempertahankan kawasan masing-masing termasuk Abdul Hadi yang bertanding semula di Parlimen Marang.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim bakal mempertahankan Parlimen Kuala Nerus; Shaharizukirnain Abd Kadir (Setiu); Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun); dan Che Alias Hamid (Kemaman).

Selain itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid disahkan mewakili PN bagi Parlimen Hulu Terengganu.

Sementara itu, selepas diumumkan sebagai bakal calon PN bagi Parlimen Arau, Shahidan dalam ucapannya berkata beliau membuat keputusan untuk mewakili PN kerana menyifatkan Abdul Hadi memahami dirinya dan mereka tetap bersahabat walau berbeza pendapat.

“Saya idamkan perpaduan ummah. Saya nak PAS dan UMNO di Arau sokong saya. Biar Muafakat Nasional bermula di Arau. Saya akan gempur Arau habis-habisan. Sekali saya masuk gelanggang saya nak menang,” katanya. - Bernama

Berikut senarai calon PN bagi PRU15 di Terengganu:

P033 Besut - Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh  

P034 Setiu - Shaharizukirnain Abd Kadir 

P035 Kuala Nerus -  Datuk Dr Alias Razak 

P036 Kuala Terengganu - Datuk Ahmad Amzad Hashim

P037 Marang - Tan Sri Abdul Hadi Awang 

P038 Hulu Terengganu - Datuk Rosol Wahid 

P039 Dungun -  Wan Hassan Mohd Ramli 

P040 Kemaman - Che Alias Hamid 

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 10 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Sukan 10 bulan yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

4

Politik 10 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

 Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga 'Aunty Bersih'