Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRU15: 17 peratus keluar undi awal Parlimen Padang Serai, 35 peratus di DUN Tioman setakat 9 pagi - SPR 2 jam yang lalu: Piala Dunia: Serbia 2 Switzerland 3, Cameroon 1 Brazil 0 2 jam yang lalu: Anggota Kabinet tekad beri khidmat terbaik 2 jam yang lalu: Sebarang pelepasan air empangan dikawal rapi Air Selangor - LUAS 2 jam yang lalu: 319 polis pilih wakil rakyat Parlimen Padang Serai, DUN Tioman buat kali kedua

IKUTI KAMI


Usahlah Kita Terus Keruhkan Hubungan UMNO, PAS - Zambry

Politik Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 7:00AM

Dr Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta UMNO dan PAS supaya tidak terus mengeruhkan hubungan di antara kedua-dua parti itu.

Beliau berkata, parti itu juga seharusnya tidak caci mencaci, tuduh menuduh atau memanggil dengan pelbagai gelaran antara satu sama lain.

“Pandangan saya, usahlah kita terus keruhkan hubungan antara UMNO dan PAS.

“Marilah kita berlapang dada dalam urusan siasah yang terdapat ikhtilaf pandangan dan pendekatan serta kekalkan sifat saling hormat menghormati,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan media kelmarin, bahawa UMNO yang mengajak kedua-dua parti itu berbincang mengenai kerjasama selepas Parlimen dibubarkan.

Menurut Zambry, hakikatnya PAS yang berkali-kali berhubung dengan pihak UMNO, malah hadir mengadakan perbincangan awal secara tidak rasmi bersama wakil parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu.

Jelasnya, atas nama ukhuwwah dan husn al-dhan (bersangka baik), Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO bersetuju bertemu Abdul Hadi.

“Selepas itu berlakulah pertemuan berikutnya. Tidaklah sampai peringkat berbincang pembahagian kerusi secara rasmi lagi. Dan Tok Guru (Abdul Hadi) kemudiannya membuat kenyataan untuk kekal bersama PN (Perikatan Nasional).

“Kami hormati keputusan itu. Dan kami tidak komen apa-apa. Melainkan apabila Tok Guru memberi hujah menolak bersama dengan BN sebab BN ‘keruh’, pihak kami pun menjawab sedikit sebanyak,” katanya yang memohon maaf kepada Abdul Hadi kerana terpaksa membetulkan kenyataan calon kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu.

Abdul Hadi menerusi kenyataannya itu mendedahkan, antara sebab PAS menolak kerjasama dengan UMNO di bawah Muafakat Nasional (MN) pada PRU-15, disebabkan parti terbabit didakwa masih ‘keruh’, selain mempunyai masalah dalaman.

Katanya, selain UMNO memberikan kata dua supaya PAS meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sekiranya mahu menjalin kerjasama bersama, parti itu cuba mencatur kedudukan kerusi tanpa rundingan.

Ujarnya, disebabkan pelbagai masalah yang agak rumit itu, PAS memilih PN untuk kerjasama politik berbanding MN.

“Mereka minta PAS buat keputusan dalam tempoh singkat. Kemudian cakap pula beberapa kerusi PAS di Kelantan, Terengganu dan Pahang diberi kepada UMNO. Tukar situ, tukar sana, dia yang atur kerusi kita pula,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, pihaknya sudah berusaha mengajak semua pihak, termasuk UMNO ke arah perpaduan ummah demi kebaikan negara, namun tidak dapat direalisasikan disebabkan sikap UMNO sendiri.

“Disebabkan itu kita pilih PN, bukan MN kerana dalam UMNO masih ada yang keruh, rasuah, masih dibicarakan. Kita tahu ada pemimpin bersih dalam UMNO dan mahu buat perubahan, tetapi mereka pula dicantas tak jadi calon, yang dipilih penyangak sebagai calon,” katanya. – Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Salun Uniseks: Beri Kelonggaran Pengusaha Bukan Islam, Ambil Tindakan Secara Berhemah

2

Politik 4 jam yang lalu

#PRU15: BN Setuju Beri Laluan Kepada PH Di Parlimen Padang Serai

3

Politik 16 jam yang lalu

8 ADUN BN, 2 PH Angkat Sumpah Exco Pahang

4

Politik 23 jam yang lalu

Pengundi Awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Tunai Tanggungjawab Esok

Sorotan

1

Permintaan Pasaran, Ruang Kilang Lebih Luas Sokong Operasi Micron Di Malaysia

2

Kerajaan Selangor Harap Laluan ECRL Ditambah Ke Bahagian Selatan Negeri

3

Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

SUHAKAM Gesa Kerajaan Perpaduan Pupuk Semangat Kebersamaan Rakyat

oleh Fitri Nizam

Semasa 19 jam yang lalu

Pencemaran Air Berbau, 2 LRA Dihenti Tugas Sementara

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Ahli Parlimen PN Jadi 'Katak' Jika Tiada Akta Anti Lompat Parti 

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

17 Kematian, 1,737 Kes Baharu Direkodkan

oleh Susan Albert