Berita Terkini

14 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Saya Bertanding Demi Kembalikan Maruah PH, Pertahan Gombak’ - Amirudin

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 7:00AM

Amirudin Shari - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, keputusannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah bagi mengembalikan maruah parti itu dan mempertahankan kawasan berkenaan.

Menurutnya, lebih membuatkan beliau bersedia bertanding di Parlimen itu adalah apabila melihat tidak ada rasa keinsafan sedikit pun dalam kalangan kumpulan pemimpin politik tertentu di atas huru hara dilakukan mereka terhadap negara, termasuk ketidakstabilan sudah diwujudkan.

Selepas berbincang dengan sahabat, keluarga dan rakan pimpinan, katanya, ia dianggap menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahan Gombak di bawah PH.

“Dan kembalikan maruah tercalar kerana kita pernah menghantar seorang Ahli Parlimen yang menjadi salah satu punca kepada ketidakstabilan politik dan juga ekonomi dalam negeri, selain negara kita.

“Walaupun sudah ada pihak menggelar saya sebagai ‘orang luar’ dan bukan berasal dari Gombak, tetapi saya menganggap Gombak dan Selangor adalah dekat dengan jiwa Amirudin Shari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Himpunan Gombak Bermaruah dan Pelancaran Jentera Pakatan Harapan Gombak di sini, malam tadi.

Justeru, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor memaklumkan, persaingan di Parlimen itu bukan bersifat peribadi untuk dirinya sebagai bakal calon di situ, tetapi ia lebih kepada tanggungjawab memulihkan Gombak.

Mengulas mengenai perkara itu, Amirudin berkata, sejak 2008, Gombak dan Selangor menerima sambutan semangat reformasi diperjuangkan bermula 1998.

Tegasnya, selepas beberapa tahun, kerajaan PH mampu dibentuk pada tahun 2018 susulan menang pada PRU-14.

Bagaimanapun, beliau berkata, malangnya selepas 22 bulan yang menyaksikan proses reformasi belum lagi dilengkapkan PH, ada individu sudah terbayang dengan suasana dan peluang untuk mengambil kedudukan.

“Ada mereka yang tidak yakin diri dengan perubahan yang dilakukan, berpuluh tahun perjuang reformasi, berpelusuk negara pergi ke sana ke mari, nak tolak politik perkauman, nak jadikan negara adil, nak pastikan institusi direformasi dapat dilaksanakan.

“Kerana bisikan syaitan, ketakutan dan rasa tidak selamat beberapa orang, berlakulah pengkhianatan dan malangnya sebahagian permulaan itu daripada orang yang kita pilih di Gombak,” katanya.

Sebelum ini juga, katanya, PH melalui beberapa cabaran dan ketika parti itu mengambil alih Selangor pada tahun 2018 untuk kali pertama selepas beberapa tahun kerajaan negeri dan Persekutuan berada sealiran sebelum tahun 2020, ia mengakibatkan pelbagai ketidakstabilan.

Justeru, beliau berkata, berdasarkan cabaran dan perubahan dilaksanakan, manifesto serta dasar dibawa PH nanti diyakini mampu menakluk Putrajaya.

“Kita ada barisan pimpinan yang kuat, barisan ahli politik, tokoh korporat, profesional, golongan muda dan wanita, jadi saya yakin mereka ini akan dapat membawa suara hati rakyat dalam Parlimen.

“Kita ada 200,000 pengundi dan kita akan bekerja keras untuk memastikan PH menjadi pilihan rakyat di Gombak dan seluruhnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sejak mentadbir Selangor, PH sudah membuktikan kepada rakyat negeri berkenaan, termasuk di Gombak bahawa ia melaksanakan tugas dengan penuh bersungguh-sungguh bersama komitmen dan ikhtiar.

“Sebab itu kita buktikan di Gombak dan Selangor, dengan mandat jelas dan kesetiaan kita kepada keputusan rakyat pada 2018, bahawa menjadi amanah kepimpinan dan tanggungjawab kita untuk melaksanakan tugas dengan penuh bersungguh-sungguh menerusi komitmen, ikhtiar semampunya.

“Kita sudah melalui beberapa episod cabaran, bukan mudah saya ambil alih Selangor tahun 2018, saya kira saya antara orang beruntung sebab kali pertama selepas beberapa tahun, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berada dalam sealiran (di bawah PH), satu kumpulan, tetapi episod 2020 (Langkah Sheraton) mengakibatkan masalah tumbuh melata,” katanya. - Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Bekalan Beras Putih Tempatan Di Selangor Cukup Hingga Akhir Bulan Ini

3

Politik 7 bulan yang lalu

Musa Aman Bukan Bakal Ketua Kami - PH Sabah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Selamat, Kereta Terbabas Berhampiran Empangan Bakun

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Sukan 16 jam yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 1 hari yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar