web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: WARISAN Tanding Di 52 Kerusi Parlimen Seluruh Negara

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 5:57PM

Mohd Shafie berkata daripada jumlah itu WARISAN bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan, manakala 27 kerusi Parlimen lagi di Semenanjung. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Parti WARISAN setakat hari ini mengesahkan untuk bertanding di 52 kerusi Parlimen seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata daripada jumlah itu WARISAN bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan, manakala 26 kerusi Parlimen lagi di Semenanjung.

“Bila kita nak bertanding kena pastikan boleh menang, bukan nak tanding memenuhi kehendak orang ... kita nak pertimbangan (calon) selain berkebolehan, berilmu, mampu memenanginya (kerusi ditandingi), kita mahu calon ini ada jiwa dia.

“Persoalan sama ada 52 kerusi (Parlimen ditandingi) kita yakin Sarawak dan Sabah satu blok penting, semua ahli Parlimen pertahan hak kita terutama MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) jangan hanya janji,” katanya pada sidang media selepas Pengumuman dan Penyampaian Watikah Calon PRU-15 WARISAN di sini hari ini.

Beliau berkata WARISAN sedang meneliti beberapa kerusi Parlimen lagi di Semenanjung untuk ditandingi dan tidak menolak menambah bilangan itu sekiranya mendapat maklum balas positif pengundi serta mempunyai calon mampu menang di kawasan berkenaan.

Sementara itu, pada majlis tersebut Mohd Shafie mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Semporna yang disandangnya selama enam penggal, iaitu lima penggal di bawah Barisan Nasional (BN) bermula PRU-9 pada 1995, manakala PRU-14 pada 2018 atas tiket WARISAN.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, turut mengumumkan Timbalan Presiden WARISAN Datuk Darell Leiking yang juga ADUN Moyog akan mempertahankan kerusi Parlimen Penampang, manakala Ketua Penerangan parti Datuk Mohd Azis Jamman mempertahankan kerusi Parlimen Sepanggar.

Antara calon mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing ialah Ketua Wirawati WARISAN Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti Datuk Rozman Isli (Labuan), dan AMT parti Ma’mun Sulaiman (Kalabakan).

Menurutnya antara calon muka baharu pula terdiri daripada Ketua Wira WARISAN Mohd Ismail Ayob (Kinabatangan), Timbalan Ketua Wirawati parti Jo-Anna Sue Henly Rampas (Tuaran), dan Ketua Bahagian WARISAN Ranau Markos Siton (Ranau).

Selain Mohd Shafie dan Darrel, ADUN yang dicalonkan terdiri daripada ADUN Bongawan Dr Daud Yusof (Kimanis), dan ADUN Sekong Alias Sani (Batu Sapi), manakala bekas ADUN Lahad Datu Datuk Mohammad Yusof Apdal yang juga adik Mohd Shafie bertanding di kerusi Parlimen Lahad Datu.

Mohd Shafie berkata bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya, WARISAN meletakkan peguam syariah Jamil Hamzah.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan tiga calon untuk kerusi di Semenanjung iaitu pemaju hartanah Leong Cheok Lung di Parlimen Kampar (Perak), jurutera awam Rahim Awang di Parlimen Kapar (Selangor), dan peguam Leong Cheok Keng di DUN Malim Nawar (Perak). - Bernama

Berikut senarai calon WARISAN diumumkan hari ini untuk PRU-15:

SABAH

P167 Kudat - Rashid Harun

P168 Kota Marudu - Datuk Jilid Kuminding

P169 Kota Belud - Isnaraissah Munirah Majilis

P170 Tuaran - Jo-Anna Sue Henly Rampas

P171 Sepanggar - Datuk Mohd Azis Jamman

P172 Kota Kinabalu - Amanda Yeo

P173 Putatan - Ahmad Mohd Said

P174 Penampang - Datuk Darell Leiking

P175 Papar - Ahmad Hassan

P176 Kimanis - Dr Daud Yusof

P177 Beaufort - Masri Adul

P178 Sipitang - Datuk Adnan Puteh

P179 Ranau - Markos Siton

P180 Keningau - Rasinin Koutis

P181 Tenom - Ukim Buandi

P182 Pensiangan - Siti Noorhasmahwatty Osman

P183 Beluran - Rowiena Rasid

P184 Libaran - Sh Bokrata SH Hassan

P185 Batu Sapi - Alias Sani

P186 Sandakan - Alex Thien

P187 Kinabatangan - Mohd Ismail Ayob

P188 Lahad Datu - Datuk Mohammad Yusof Apdal

P189 Semporna - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

P190 Tawau - Chen Ket Chuin

P191 Kalabakan - Ma'mun Sulaiman

PRK DUN BUGAYA

N66 - Jamil Hamzah

LABUAN

P166 Labuan - Datuk Rozman Isli

PERAK

P070 Kampar - Leong Cheok Lung

N41 Malim Nawar - Leong Cheok Keng

SELANGOR

P109 Kapar - Rahim Awang

Berita Berkaitan

1

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

2

Politik 12 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

3

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 20 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran