web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita UMNO Kecewa Kuota 30 Peratus Tidak Dipenuhi: ‘Mengapa Janji Tak Ditepati?’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 4:00PM

Tindakan BN meletakkan 11 peratus calon wanita itu menyaksikan dasar dan keputusan kepimpinan parti itu gagal diterjemah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO melahirkan kekecewaan dan menganggap seolah-olah kepimpinan Barisan Nasional (BN) ‘mungkin janji’ apabila calon wanita parti itu yang diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak memenuhi kuota 30 peratus seperti dinyatakan sebelum ini.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, tindakan BN meletakkan 11 peratus calon wanita itu menyaksikan dasar dan keputusan kepimpinan parti itu gagal diterjemah.

Malah, katanya, ia menunjukkan BN seperti memandang enteng kuota 30 peratus diinginkan Wanita UMNO dan perkara itu tidak sewajarnya berlaku.

“Beberapa kali telah disuarakan sehingga membawa kepada ketetapan oleh MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO dan janji pucuk pimpinan BN untuk laksanakan 30 peratus calon wanita, (namun) tetap gagal diiikuti dan diterjemah BN.

“Apakah pucuk pimpinan BN lupa bahawa calon wanita adalah satu daripada faktor kemenangan kepada BN?

“Adakah pucuk pimpinan lupa janji tersebut ditagih kesemua wanita dan pengundi wanita di negara ini?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook.

Norshida berkata, sekiranya BN sememangnya tidak mahu melaksanakan 30 peratus calon wanita, tidak perlu MKT UMNO dan Majlis Tertinggi BN, menyatakan komitmen untuk meletakkan jumlah kuota itu untuk penglibatan calon wanita.

Justeru, beliau mempersoalkan apakah pihaknya perlu berdiam diri dengan pendirian seperti itu, walaupun kuota terbabit sudah lama dijanjikan tetapi akhirnya menjadi angan-angan kosong pucuk pimpinan.

Beliau berkata, keputusan itu jelas menunjukkan bahawa kepimpinan BN lemah dan tidak mengiktiraf serta memberi kepercayaan penuh kepada wanita parti berkenaan, bagi bersama-sama mengambil bahagian dalam pimpinan arus perdana negara.

“Kecewa dengan keputusan hanya 11 peratus dicalon dalam kalangan wanita dan tidak sepatutnya begitu.

“Keprihatinan kepada isu ini oleh pucuk pimpinan boleh katakan hanya ‘batuk di tepi tangga’ kerana mereka tahu ramai wanita mempunyai bakat, iltizam dan potensi memimpin serta berkhidmat untuk rakyat dan negara, tetapi gagal diketengahkan.

“Wanita gagal jadi calon WALI!,” katanya.

WALI bermaksud calon memiliki ciri-ciri ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (diterima) dan ‘likeable’ (disukai).

Bulan lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, MKT parti itu bersetuju dengan agenda pemerkasaan wanita dibawa Wanita UMNO berhubung 30 peratus calon kaum itu dipertaruhkan pada PRU-15.

Menurutnya, takrifan calon wanita itu termasuklah calon wanita UMNO, Puteri, parti komponen dan berjawatan dalam bahagian.

Ahmad berkata, mesyuarat MKT UMNO yang bersidang pada 30 September lalu, membincangkan antara lain mengenai agenda pemerkasaan wanita terbabit dan bersetuju meletakkan 30 peratus calon wanita.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kesetiaan, kemampuan dan peranan besar dilaksanakan wanita sebagai tulang belakang parti selama ini,” katanya. – Getaran, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Selangor Senarai Hitam Pemaju Tidak Patuh Syarat Sedia Kuota Bumiputera 

2

Politik 2 tahun yang lalu

Sokong Usaha Malaysia Jadi Peneraju Pengukuhan Sistem Timbang Tara - Wanita UMNO

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

4

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad