web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tidak Tandatangan Aku Janji Dengan Kepala Surat UMNO - Khairy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 2:22PM

Surat yang ditandatangani Khairy itu antara lain menyentuh mengenai kesetiaan kepada BN dan tidak lompat parti. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI BULOH - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin berkata beliau ada menandatangani surat dengan kepala surat (letterhead) BN selaku calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), dan bukannya sebarang surat aku janji dengan kepala surat UMNO, seperti yang tular sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata surat yang ditandatanganinya itu antara lain menyentuh mengenai kesetiaan kepada BN dan tidak lompat parti.

“Kita sign aku janji yang ada kaitan dengan logo empat parti (di bawah BN) dan kesetiaan kepada parti atas letterhead BN, itu yang saya tandatangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan peringkat HSB di sini hari ini.

“Tak ada saya tandatangan surat dengan letterhead UMNO yang menyatakan aku janji seperti yang ditularkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas maklumat yang tular di media tular mengenai surat dengan kepala surat UMNO yang memaparkan tandatangan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan, yang antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan BN yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai perdana menteri,

Bagaimanapun Ahmad telah menafikan surat berkenaan, dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap BN dan UMNO.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan mengulangi pendirian bahawa calon perdana menteri ke-10 adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiada sebarang perubahan berkenaan perkara itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran