web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Bereksperimentasi Dengan Undi - Tok Mat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 7:27AM

Mohamad Hasan bersama Wee Ka Siong dan Hasni Mohammad ketika hadir pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks Educity semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya menemui seramai mungkin pengundi dan menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai rekod prestasi BN.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jentera parti juga perlu mengingatkan pengundi  supaya tidak bereksperimentasi dengan undi dan memperjudikan masa depan negara seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Temuilah seramai mungkin pengundi di tempat kita. Temuilah mereka dan terangkan kepada mereka (supaya) bagi kami (BN) mandat, bagilah parti yang telah mempunyai rekod prestasi yang baik.

Rekod prestasi yang telah terbukti dapat menguruskan negara. Cukup-cukuplah membuat eksperimen kerana eksperimen itu membuatkan kita (rakyat) hidup sengsara pada hari ini," katanya ketika berucap melancarkan jentera BN Johor di Stadium Tertutup Educity di sini, malam ini.

Mohamad Hasan turut mengingatkan supaya jentera parti dapat diurus dengan baik bagi menangkis segala dakwaan parti lawan. 

"(Parti lawan) lagi nak jual temberang di sana sini, (kononnya) dialah yang paling baik menguruskan negara. Untuk BN, tidak perlulah kita bercakap buruk tentang orang, rakyat boleh menilai. Yang penting, kita balik ke kawasan masing-masing selepas ini, urusan jentera perlu (diurus) dengan baik,” katanya.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, turut mengulangi sasaran yang ditetapkan kepada BN Johor untuk memenangi sekurang-kurangnya 20 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU15 ini.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 20 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja