Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ramanan Bersedia Hadapi Kempen ‘Politik Kotor’ Lawan Di Sungai Buloh

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 4:31PM

R Ramanan menjangkakan akan menerima tentangan hebat dalam berkempen memandangkan beliau bukanlah asing dengan ‘politik kotor’ Barisan Nasional (BN). - Gambar ihsan R Ramanan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon PKR di Parlimen Sungai Buloh Datuk R Ramanan menjangkakan akan menerima tentangan hebat dalam berkempen memandangkan beliau bukanlah asing dengan ‘politik kotor’ Barisan Nasional (BN).

Bekas Bendahari MIC itu berkata, beliau sedar bahawa dirinya akan terpalit dengan pelbagai tohmahan namun berharap pengundi dapat membezakan antara ‘fakta dan auta’.

“Banyak perkara akam dibawa oleh UMNO, saya jangkakan pelbagai maklumat salah akan dikemukan ketika berkempen, namun ia bukan suatu masalah kerana saya akan membawakan apa yang boleh saya lakukan untuk orang Sungai Buloh,” katanya kepada The Vibes.

Ramanan, 41, berasal dari keluarga India paling terkemuka di negara.

Beliau adalah cucu kepada pejuang MIC, Tan Sri Devaki Krishnan iaitu wanita pertama yang memegang jawatan awam di Tanah Melayu sebelum merdeka, apabila dipilih sebagai Ahli Majlid Perbandaran Bangsar pada 1952.

Manakala, datuknya, P Krishnan adalah seorang ahli perniagaan dan pemilik tanah terkemuka.

Bapa Ramanan juga merupakan seorang jurutera mekanikal dan perintis dalam industri minyak sawit, manakala ibunya adalah seorang doktor bertauliah yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Bagaimanapun, Ramanan meminta supaya identiti ibu bapanya tidak didedahkan kerana mereka tidak cenderung berpolitik.

Menurut Ramanan, syarat untuk menjadi calon PKR adalah seseorang itu perlu mengisytiharkan aset dimiliki.

Justeru, sebagai seorang jurutera profesional, Ramanan menjelaskan bahawa beliau telah mengisytiharkan asetnya yang akan diumumkan kelak.

“Saya tidak terlibat dengan kontrak kerajaan atau sub kontrak mana-mana projek membabitkan kerajaan. Dengan aset yang dimiliki ini, saya tidak perlu terlibat dalam sebarang penipuan untuk mendapat kekayaan.

“Adakah lawan saya berani melakukan perkara yang sama?’’ tanya Ramanan.

Bagaimanapun, pengkritik politik mempunyai ‘peluru’ untuk digunakan terhadap Ramanan iaitu kes sivil pada tahun 2014.

Ramanan meletak jawatan sebagai Bendahari MIC berikutan kes mahkamah sivil isu perniagaan melibatkan pakar psikiatri terkemuka, Tan Sri Dr M Mahadevan.

Beliau berkata walaupun ia adalah pertikaian sivil, kes itu mendapat publisiti sebelum memutuskan untuk berundur supaya MIC dan BN tidak menjadi terpalit dalam hal peribadinya.

“Itu sahaja perkara yang mereka fikir mereka boleh kenakan saya. Kes sivil yang telah diselesaikan melalui proses yang betul namun setiap cybertrooper BN di luar sana memainkannya kes ini kembali, kononnya melihatkan saya sebagai penjenayah,” katanya.

Ramanan menambah, laporan polis telah dibuat terhadapnya tetapi Jabatan Peguam Negara telah mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Mereka tidak mempunyai apa-apa lagi terhadap saya. Jika mereka benar-benar berani, maka serang saya atas rekod prestasi saya, serang atas perkhidmatan saya tetapi ini sahaja yang mereka ada…ia agak menyedihkan sebenarnya,’’ katanya.

Sebagai bekas pemimpin BN, Ramanan berkata beliau amat mengetahui taktik gabungan itu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap lawan mereka.

Sejak menyertai PKR berikutan Langkah Sheraton pada 2020, Ramanan berkata kisah yang sama telah muncul semula.

Asakan terus diperhebatkan apabila beliau diumumkan bertanding di kerusi Sungai Buloh di bawah PKR oleh Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Oktober lalu.

Beliau dijangka berdepan bekas rakan seperjuangan dari BN iaitu Khairy Jamaluddin.

Ramanan berkata, beliau mahu menangani persepsi negatif itu terlebih dahulu supaya boleh beralih kepada isu yang lebih penting iaitu memberi khidmat kepada pengundi di Sungai Buloh di mana beliau menghabiskan 6 tahun sebagai pelajar sekolah.

“Saya mengenali kawasan itu dan penduduk di sini dengan baik dan selaras dengan kekecewaan dan kebimbangan mereka.

“Daripada isu kesesakan di Kota Damansara yang sering bermasalah dengan pembangunan berterusan sehinggalah kepada pengangguran belia terutama di kawasan majoriti Melayu Paya Jaras.

"Pada penghujung hari, isu kos sara hidup akan mengatasi segala-galanya kerana orang ramai ingin mendengar bagaimana anda merancang untuk memastikan mereka boleh menyediakan makanan di atas meja,” katanya.

Ramanan menjelaskan bahawa beliau telah menyertai PKR ketika  Langkah Sheraton digerakkan pada 2020 kerana beliau menghargai parti yang mempunyai akar umbi daripada kepelbagaian kaum dan semangat yang kuat untuk pembaharuan serta daya tahannya.

“Pihak mana lagi yang anda boleh lihat India, Melayu, dan Cina semuanya duduk di bawah satu bumbung?  Mereka bergaduh, bergaduh tetapi pada penghujung hari, mereka duduk dan bekerja bersama-sama,'' katanya.

Ramanan berkata beliau sudah bosan dengan cara BN dan MIC terlibat dalam politik yang kurang matang dengan mengorbankan kebajikan rakyat dan hubungan kaum.

Katanya, berada di pihak yang menerima kempen fitnah telah menjadikannya lebih memahami perjuangan politik Anwar.

“Malah ketika saya bersama BN, saya tidak mengetahui perkara-perkara tertentu kerana ia di luar bidang kuasa saya tetapi apabila saya melihat bagaimana mereka memfitnah Datuk Seri Anwar… malah dalam kes mahkamahnya, musuhnya sering memutar belitkan penghakiman mahkamah agar sesuai dengan agenda mereka,'' katanya.

Menurut beliau, PKR adalah yang parti terbaik untuk mewakili Sungai Buloh kerana kawasan itu mewakili masyarakat Malaysia.

Mengikut perangkaan PRU-14, orang Melayu membentuk 66 peratus daripada populasi mengundi diikuti oleh 22 peratus Cina dan 11 peratus India dan 2 peratus yang lain.  – The Vibes, 2 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

2

Politik 4 bulan yang lalu

PKR Sedia Dengar Suara Pimpinan, Ahli Pastikan Tiada Dipinggirkan - Nik Nazmi

3

Politik 5 bulan yang lalu

Isu Liberal International: PKR Timbang Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Berniat Jahat

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Fahmi Minta Liberal International Keluarkan Nama, Logo PKR

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Sukan 14 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman

Sukan 16 jam yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus