web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Kazim Elias Tarik Diri Di Larut, Diganti Mohd Shafiq

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 11:35AM

Kazim Elias - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN) Mohd Shafiq Fhadly Mahmud diumum sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), menggantikan pendakwah bebas Datuk Mohammad Kazim Elias. 

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis pengumuman calon BN Perak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

“Pertukaran ini kerana Ustaz Kazim menarik diri di saat akhir,” katanya.

Dalam ucapan pengumuman calon itu, Saarani yang bakal mempertahankan kerusi DUN Kota Tampan berkata tanggungjawab dan amanah kepada parti bukan sekadar sebagai calon tetapi juga apabila tidak dicalonkan.

“Matlamat bukan sahaja jadi calon tapi menang PRU. Perjuangan kita kembali jadi kerajaan Negeri Perak... kerajaan BN. Yang ingin kita laungkan adalah lambang dacing.

“Bermakna yang hendak kita turun padang pujuk rayu, lihat lambang dacing, lagi banyak undi lagi mudah menang,” katanya.

Saarani berkata BN akan bertanding di kesemua 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN pada PRU-15.

Selain Saarani, daripada UMNO, BN turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri  Ahmad Saidi Mohamad Daud bagi DUN Changkat Jering, Pengerusi Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang) serta bekas pemain bola sepak Perak yang kini Ketua UMNO Bahagian Tapah Ishsam Shahruddin (Ayer Kuning).

Antara calon MCA yang diketengahkan pula ialah Ang Sui Eng (Pokok Asam), Pan Chean Chang (Jalong) dan Woo Kok Toong (Canning).

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Saarani berkata BN belum menamakan calon di empat kerusi DUN iaitu Aulong, Jelapang, Sungkai dan Buntong kerana masih perlu berbincang di peringkat komponen sebelum membuat sebarang keputusan.

“Aulong ini asalnya daripada parti Gerakan, jadi di peringkat komponen masih lagi belum bincang siapa yang akan diberikan kerusi itu. MIC belum beri nama di Buntong, Jelapang dan Sungkai. Akan diumumkan kemudian apabila ada nama,” katanya.

Mengulas mengenai calon, Saarani berkata BN membariskan calon-calon yang membentuk kepelbagaian latar belakang selain muka baharu berikutan ada penyandang yang tidak mahu bertanding atau tidak dipilih semula.

“Sebahagian tidak disambung. Ada yang tarik diri. Ada juga keputusan parti (tidak menamakan semula),” kata beliau.

Saarani sebelum ini dilapor berkata BN Perak menyasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen pada PRU-15.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi. Sebelum pembubaran pada 17 Okt0ber ia  terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, DAP (15), Parti Amanah Negara (lima), Bersatu (empat) manakala PAS, PKR dan Parti Bangsa Malaysia (PBM)  masing-masing tiga manakala Bebas (satu).

Selain Saarani, daripada UMNO, BN turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri  Ahmad Saidi Mohamad Daud bagi DUN Changkat Jering, Pengerusi Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang) serta bekas pemain bola sepak Perak yang kini Ketua Umno Bahagian Tapah Ishsam Shahruddin (Ayer Kuning).

Antara calon MCA yang diketengahkan pula ialah Ang Sui Eng (Pokok Asam), Pan Chean Chang (Jalong) dan Woo Kok Toong (Canning).

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Saarani berkata BN belum menamakan calon di empat kerusi DUN iaitu Aulong, Jelapang, Sungkai dan Buntong kerana masih perlu berbincang di peringkat komponen sebelum membuat sebarang keputusan.

“Aulong ini asalnya daripada parti Gerakan, jadi di peringkat komponen masih lagi belum bincang siapa yang akan diberikan kerusi itu. MIC belum beri nama di Buntong, Jelapang dan Sungkai. Akan diumumkan kemudian apabila ada nama,” katanya.

Mengulas mengenai calon, Saarani berkata BN membariskan calon-calon yang membentuk kepelbagaian latar belakang selain muka baharu berikutan ada penyandang yang tidak mahu bertanding atau tidak dipilih semula.

“Sebahagian tidak disambung. Ada yang tarik diri. Ada juga keputusan parti (tidak menamakan semula),” kata beliau.

Saarani sebelum ini dilapor berkata BN Perak menyasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen pada PRU15.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi. Sebelum pembubaran pada 17 Okt, ia  terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, DAP (15), Parti Amanah Negara (lima), Bersatu (empat) manakala PAS, PKR dan Parti Bangsa Malaysia (PBM)  masing-masing tiga manakala Bebas (satu). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 20 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran