web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIC Berang Kerusi Diberi Pada Parti Lain

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 7:05AM

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ismail Sabri pada Majlis Pengumuman Calon Parlimen BN, malam tadi. Namun tiada pemimpin MIC yang hadir. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang diumumkan malam tadi mungkin menjelaskan sebab ketiadaan pemimpin MIC.

Kemasukan parti India lain yang diberi kerusi telah menimbulkan kemarahan MIC yang sentiasa menggambarkan dirinya sebagai satu-satunya parti dalam gabungan itu yang mewakili masyarakat tersebut.

Sejak zaman Tun S Samy Vellu sebagai presidennya, MIC tidak berkompromi bahawa ia mestilah wakil tunggal masyarakat India di Parlimen, parti di bawah gabungan BN.

Walaupun mendapat 10 kerusi Parlimen yang dimintanya, MIC berang kerana Parti Makkal Sakti, Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) turut diberikan kerusi.

Presiden Parti Makkal Sakthi, R. Thanenthiran diletakkan sebagai calon di Nibong Tebal, Presiden IPF, Datuk T. Loganathan pula akan bertanding di Jelutong manakala Presiden KIMMA, Datuk Syed Ibrahim Kader di Parlimen Puchong.

Terdapat sejarah hitam antara MIC dan semua parti itu khususnya Makkal Sakthi dan IPF, iaitu parti serpihan MIC yang ditubuhkan susulan krisis kepimpinan antara mendiang Samy Vellu dan mendiang Datuk M.G. Pandithan.

"MIC sentiasa berada di barisan hadapan dalam isu kaum India. Perjanjian itu adalah mana-mana kumpulan India lain yang mahu menyokong BN boleh berbuat demikian, tetapi mereka tidak boleh diberikan kerusi.

"Menjadi sebahagian daripada MIC adalah cara yang lebih baik dan satu-satunya cara untuk mendapatkan kerusi di Parlimen bagi mewakili masyarakat India," kata sumber.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC akan bermesyuarat pada jam 10 pagi ini untuk membincangkan cara menangani kemelut yang berlaku.

"Ini termasuk jika mereka tidak bertanding pada pilihan raya kali ini, walaupun ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku," kata sumber itu. - The Vibes, 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad