web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Shahidan, Annuar Musa, Tajuddin Gugur, BN Masih Kekal Muka Veteran

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 9:53PM

Penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim antara yang tidak tersenarai dan tempatnya digantikan Datuk Rozabil Abdul Rahman yang juga Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda Arau - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang dibuat malam ini menyaksikan pengguguran beberapa nama besar.

Penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim antara yang tidak tersenarai dan tempatnya digantikan bekas Naib Ketua UMNO Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Turut digugurkan ialah penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Penyandang kerusi Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin juga tidak bernasib baik dan tempatnya digantikan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan.

Tempat Annuar bakal digantikan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin manakala Pasir Salak bakal ditandingi  Khairul Azwan Harun.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar juga antara yang tidak bernasib baik apabila namanya tidak termasuk dalam senarai diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Noh Omar (kanan) bersama Johari Abdul Ghani (kiri) - Gambar oleh Azim Rahman
Noh Omar (kanan) bersama Johari Abdul Ghani (kiri) - Gambar oleh Azim Rahman

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique turut tidak disenaraikan bagi mempertahan  kerusi Kota Tinggi, dan tempatnya digantikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yang berpindah dari Parlimen Pasir Gudang.

Selain membuat kejutan dengan menggugurkan nama besar yang boleh dianggap sebagai warlord parti, BN juga dilihat masih mengekalkan beberapa muka veteran, termasuk di Parlimen Gua Musang.

Penyandang kerusi, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dikekalkan sebagai calon, selain kemunculan semula beberapa yang lain.

Tengku Razaleigh Hamzah (tengah) - Gambar oleh Azim Rahman
Tengku Razaleigh Hamzah (tengah) - Gambar oleh Azim Rahman

Antara yang menarik perhatian ialah kemunculan semula Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Parlimen Titiwangsa.

Turut membuat kemunculan semula, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bakal bertanding di Parlimen Jerai.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pula diumumkan sebagai calon Parlimen Kemaman, manakala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kekal bertanding di Putrajaya.

Selain itu, kembali disenaraikan ialah Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang bakal bertanding di Parlimen Kuala Kedah dan bekas Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai di Parlimen Bentong.

Pada majlis sama, Zahid juga mengekalkan nama-nama besar BN tetapi membuat sedikit perubahan kerusi.

Mohamad Hassan - Gambar oleh Azim Rahman
Mohamad Hassan - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau mengumumkan kekal bertanding di Bagan Datuk, manakala Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding di Parlimen Rembau, menggantikan Khairy Jamaluddin.

Khairy selaku penyandang kerusi Rembau beralih ke Parlimen Sungai Buloh.

Nama lain yang turut kekal ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Lumut), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas).

Turut kekal penyandang Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Parit Sulong), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian). - Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran