web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIC Tidak Bertanding PRU-15?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 8:45PM

Jika MIC tidak muncul pada majlis pengumuman calon BN malam ini, maka ia boleh mengesahkan bahawa MIC merancang untuk tidak bertanding pada PRU-15

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perebutan kerusi bakal menggugat peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi  Pilihan Raya Umum (PRU-15), ditambah spekulasi bahawa MIC enggan menerima mana-mana kerusi kerana tidak setuju dengan perubahan singkat yang dilakukan.

Jika MIC tidak muncul pada majlis pengumuman calon BN malam ini, maka ia boleh mengesahkan bahawa MIC merancang untuk tidak bertanding pada PRU-15.

“Mereka mengugut UMNO untuk memberikan lebih banyak kerusi menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.

"Kepimpinan MIC telah memanggil mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat esok,” kata sumber.

Menurut sumber itu lagi, MIC menjangkakan bertanding di 10 kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi nampaknya UMNO memutuskan untuk menawarkan hanya lima kerusi Parlimen.

Kemelut dalam BN nampaknya semakin memuncak berikutan laporan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingkari ikrar bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal menjadi Perdana Menteri sekiranya BN memenangi PRU-15.

Penyandang Ahli Parlimen UMNO yang berada di ‘kem’ Ismail Sabri turut digugurkan daripada senarai calon PRU-15.

Semalam, The Vibes melaporkan bahawa calon yang diberi ‘surat watikah’ juga menerima ‘surat aku janji’ yang memberi mandat kepada Zahid untuk membentuk kerajaan sekiranya BN memenangi pilihan raya kali ini.

Sementara itu, difahamkan beberapa Bilik Gerakan UMNO ditutup berikutan pertikaian pengagihan kerusi dan penyandang kerusi Parlimen yang digugurkan.

Ini termasuk penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa, penyandang Parlimen Ketereh.

Turut ditutup ialah Bilik Gerakan BN Ampang kerana difahamkan kerusi itu kini diberikan kepada MCA.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada kelibat pemimpin MIC dilihat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, di mana Zahid dijadual mengumumkan calon BN pada PRU-15. – The Vibes, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad