web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasuah Terus Berleluasa Jika UMNO Memerintah - Tun M

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 5:07PM

Tun Mahathir Mohamad - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rasuah akan terus berleluasa jika UMNO dibenarkan terus memerintah negara.

Menurut beliau, rakyat juga akan menanggung beban hutang akibat daripada salah laku tersebut.

Katanya, pengundi mula bosan mendengar isu berkaitan rasuah dan mereka hanya mahu mendengar isu periuk nasi atau kos sara hidup.

“Rasuah yang berleluasa dalam negara bukan saja telah, malah akan menjejaskan periuk nasi rakyat saban hari.

“Berbillion ringgit duit kerajaan yang boleh diguna untuk bantu rakyat, memberi biasiswa, mendiri infrastruktur, hilang kerana rasuah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr Mahathir berkata, kesan daripada hutang negara yang tinggi mungkin tidak begitu dirasai ketika ini, melainkan dari segi kos sara hidup yang meningkat.

“Nilai wang di tangan rakyat akan menyusut nilai dan kuasa membeli menyusut dan terus menyusut. Ketika itu, gurauan bahawa satu guni duit tidak cukup untuk beli segantang beras bukan lagi satu jenaka tetapi satu kenyataan,” katanya.

Penyandang Parlimen Langkawi itu berkata, isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan hutang sebanyak lebih RM32 billion, memerlukan bayaran faedah sebanyak RM1.7 billion setahun tetapi masih gagal menjelaskan hutang pokok.

Katanya lagi, belum pun masalah hutang 1MDB diselesai, terdedah pula skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) dengan RM6 billion telah dibayar, tetapi masih gagal menampakkan sebarang hasil.

“Sekarang ini, terdengar ada pihak di dalam kerajaan pimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Ismail Sabri yang (Yaakob) ingin mengaut keuntungan untuk diri di dalam projek pembelian Self-Propelled Howitzer (SPH), yang membabitkan RM854 juta.

“Skandal ini terdedah apabila surat arahan Ismail Sabri kepada (Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri) Zafrul (Abd Aziz) disebarkan yang mengarah Tengku Zafrul untuk berikan kontrak secara rundingan terus kepada satu syarikat yang baru ditubuh tidak sampai dua tahun. Tender terhad yang awal, dibatal supaya syarikat yang terpilih ini diberi tawaran tender rundingan terus,” katanya.

UMNO jelas beliau lagi, hanya menyertai pilihan raya untuk membebas penyamun dan mengelak penyamun lain dari dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya akan terus berjuang menentang rasuah dan penyamun untuk menyekat mereka kembali memerintah.

“Selagi ada hayat dan upaya saya takkan biarkan penyamun dan perasuah hancurkan negara tanpa ditentang,” katanya. - Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 11 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja