web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Umum 14 Calon PH Di Kelantan Malam Esok

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 4:19PM

Anwar Ibrahim - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kesemua calon yang akan dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di 14 kerusi Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diketahui malam esok.

Setiausaha PH Kelantan, Rushdan Mustafa berkata, senarai 14 calon berkenaan akan diumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, majlis memperkenalkan kesemua calon itu akan diadakan di Bilik Gerakan Utama PH, Kampung Membunga, Machang pada jam 9 malam.

Katanya, majlis tersebut turut akan dihadiri pimpinan PH pelbagai peringkat dari seluruh Kelantan.

“Pihak kami mengalu-alukan kehadiran semua rakyat Kelantan dan penyokong PH ke majlis berkenaan,” katanya hari ini.

Pada Ahad lalu, Ketua Penerangan PH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh mengumumkan senarai calon gabungan itu yang akan bertanding di 14 kerusi Parlimen di negeri tersebut.

Susulan pengumuman, Parlimen Jerai memecah tradisi apabila PH bakal mempertaruh calon daripada DAP untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu buat kali pertama.

Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff dinamakan sebagai calon di kerusi tersebut yang ketika ini disandang Perikatan Nasional (PN) menerusi Sabri Azit dari PAS.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar pula antara empat wakil Parti Amanah Negara (AMANAH) yang turut disenaraikan dengan beliau akan kekal mempertahan Parlimen Pokok Sena.

Turut menarik perhatian adalah Parlimen Sik yang mempertaruh seorang calon wanita iaitu bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Latifah Md. Yatim.

Sementara itu, Ketua Pemuda AMANAH Padang Terap, Muaz Abdullah pula diletakkan untuk bertanding di Parlimen Padang Terap, manakala Parlimen Baling akan ditandingi Ketua Amanah Kawasan itu, Johari Abdullah.

PKR setakat ini sudah mengumumkan kesemua calon mereka di seluruh negara dengan sembilan individu tersenarai untuk bertanding di Kedah.

Antaranya ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan mempertahan Parlimen Kulim Bandar Baharu; Dr Azman Ismail (Kuala Kedah); Nur Azrina Surip (Merbok) dan M Karupaiya (Padang Serai).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min pula akan bertanding di Parlimen Alor Setar, sementara Mohammed Taufiq Johari (Sungai Petani) dan Datuk Zulkifly Mohamad (Pendang) antara muka baharu ditampilkan PH selain Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (Jerlun) dan Aizuddin Ariffin (Kubang Pasu).

Bagaimanapun gabungan itu tidak mengumumkan nama calon bagi satu lagi kerusi di negeri itu iaitu Langkawi. – Getaran, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Semasa 2 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad