web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: WARISAN Sahkan Ong Tee Keat Bertanding Kerusi Pandan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 1:24PM

Tee Keat berucap di Majlis Penamaan Calon WARISAN. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat hari ini disahkan sebagai calon WARISAN untuk kerusi Persekutuan Pandan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan datang.

Pencalonan beliau, bersama-sama calon WARISAN lain untuk Semenanjung Malaysia, diumumkan oleh Presiden Parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, hari ini.

“Pengundi mesti tahu bahawa mereka mempunyai pilihan untuk mengundi parti yang tidak berasaskan isu perkauman atau agama,” kata Tee Keat.

“Saya selalu mengagumi dan mahu menyemai budaya Borneo yang menyaksikan penduduk berbilang kaum hidup secara harmoni.

“Jika mereka boleh buat, mengapa tidak kita di Semenanjung Malaysia?”

Pernah menyandang portfolio Menteri Pengangkutan, Tee Keat ialah Ahli Parlimen Pandan selama dua penggal, sebelum digugurkan sebagai calon MCA pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, apabila tewas dalam pemilihan MCA pada 2010.

Pada PRU 2013 itu, MCA kehilangan kerusi Pandan di tangan Rafizi Ramli yang bertanding di bawah tiket PKR.

Timbalan Presiden PKR itu sekali lagi akan bertanding di Parlimen berkenaan, manakala penyandang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beralih ke Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada 29 Oktober lalu, The Vibes melaporkan bahawa Tee Keat akan kembali ke arena politik selepas berehat selama 10 tahun dan memilih WARISAN, kerana parti itu memberinya peluang untuk memperjuangkan isu seperti rasuah. - The Vibes, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

2

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

3

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM