web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Umum Calon PRU-15 Malam Ini, Shahidan Beri Bayangan Digugurkan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teka-teki siapa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diketahui malam ini.

Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz memaklumkan senarai calon mewakili parti itu akan diumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  

Katanya, majlis pengumuman itu akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn dekat Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada jam 8.30 malam ini.

Dalam pada itu, pemakluman penutupan semua bilik gerakan BN Parlimen Arau di status Facebook penyandangnya, Datuk Seri Shahidan Kassim menguatkan lagi dakwaan bahawa beliau digugurkan sebagai calon pada PRU-15.

Dalam hantaran tersebut Shahidan berkata, bendera BN yang sudah dipasang sejak beberapa hari lalu telah diturunkan hari ini.

“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.

“Kali pertama dalam sejarah,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, malam tadi.

Terdahulu, The Vibes melaporkan terdapat desas-desus Shahidan bersama penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin tidak dicalonkan pada PRU-15.

Malah nama-nama besar seperti Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar serta penyandang Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikhabarkan bakal digugurkan, dengan spekulasi bahawa nasib sama turut akan diterima mereka yang sehaluan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Begitu juga dengan penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, yang pernah menjadi penyokong Ismail Sabri dan gabungan Muafakat Nasional (MN) melibatkan UMNO dengan PAS.

Keadaan itu didakwa berlaku apabila kesemua pemimpin tertinggi berkenaan antara mereka yang paling lantang bersuara menentang Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO.

Sementara itu, posisi Zahidi didakwa akan digantikan oleh Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan manakala mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin bakal diletakkan sebagai calon di Kota Tinggi. - Getaran, 1 November 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95