web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nama Besar UMNO Tak Sehaluan Zahid Akan Digugurkan Sebagai Calon PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 9:05PM

Mereka yang dianggap tidak sehaluan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), dakwa sumber dalaman parti itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mereka yang dianggap tidak sehaluan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), dakwa sumber dalaman parti itu.

Nama-nama besar seperti Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar serta penyandang Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikhabarkan bakal digugurkan, dengan spekulasi bahawa nasib sama turut akan diterima mereka yang sehaluan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Begitu juga dengan penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, yang pernah menjadi penyokong Ismail Sabri dan gabungan Muafakat Nasional (MN) melibatkan UMNO dengan PAS.

Sumber dalaman parti berkata, ahli politik kanan lain yang turut tidak dicalonkan ialah penyandang Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba serta penyandang Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Desas-desus turut mengaitkan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin akan diletakkan sebagai calon di Kota Tinggi.

Penyandang Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin akan digantikan oleh Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Menurut sumber, penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mungkin turut digugurkan.

Bagaimanapun sumber memberitahu, senarai calon untuk PRU-15 masih belum dimuktamadkan dan tertakluk kepada perubahan sebelum hari penamaan calon, Sabtu ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan sebagai berkata, parti itu akan mengumumkan senarai calonnya pada Rabu ini.

Rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada 19 November manakala pengundian awal ditetapkan pada 15 November. – The Vibes, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad